Percutian romantik ke Krabi, wanita kongsi itinerari 3 hari 2 malam bawah RM1,000

Iklan
Percutian romantik ke Krabi, wanita kongsi itinerari 3 hari 2 malam bawah RM1,000

PERCUTIAN adalah momen paling indah buat mereka yang suka travel. Lebih menyeronokkan apabila anda bercuti bersama pasangan tercinta mahupun keluarga.

Bercuti pula kenalah ikut kemampuan. Nak seronok, tak semestinya tidur hotel lima bintang. Yang penting diri sendiri mendapat ketenangan dan kepuasan.

Iklan
Iklan

Seperti perkongsian seorang wanita ini, walaupun dengan bajet yang tidak banyak, percutian tiga hari dua malam bersama suami dan anak kelihatan sangat romantis.

Percutian ke Krabi oleh Nurul Hidayah dan suaminya bersama anak-anak ini boleh dijadikan rujukan untuk siapa yang ingin ke sana.

Iklan

ITINERARI 3H2M PERCUTIAN ROMANTIS KE KRABI, BAJET BAWAH RM1000 SAHAJA

Percutian ke Krabi, 3 hari 2 malam. Pergi sendiri dengan kereta dan tak ambil 'tour guide'. Bajet bawah RM1,000 termasuk hotel, makan, minyak kereta dan insurans.

Iklan

Tidak termasuk 'private longtail boat'.

Dokumen diperlukan:

  • Passport
  • Geran kereta Insurans
  • Kereta ke Thailand
  • Travel Insurans (tak wajib)

PERJALANAN;

  • Penang - Bukit Kayu Hitam (1 jam 30minit)
  • Beratur untuk cop passport di kaunter Imigresen Thailand. Kena tunjuk MySejahtera sebelum cop passport tu.

Baca juga Bestnya! Wanita kongsi trip 5 sekeluarga naik kereta api, backpack Kajang ke Dabong siap itinerari

Kaunter Kastam Thailand:

Pemandu kenderaan kena pergi kaunter kastam Thailand untuk pengesahan membawa kenderaan. Dokumen yang kena diserahkan ialah:

  • Geran Kenderaan
  • Insurans Kereta ke Thailand
  • Passport

Semua dokumen perlu diserahkan dekat kaunter kastam. Lepas selesai diperiksa, akan ada satu borang pengisytiharan yang perlu kita tanda tangan.

Satu salinan mereka simpan stau lagi kita sendiri simpan. Salinan yang kita simpan itu kena bagi dekat kaunter kastam bila nak keluar dari Thailand nanti.

Bukit Kayu Hitam - Krabi (lebih kurang 5 jam lebih)

Sebelum bertolak tu kalau boleh isi minyak kereta penuh siap-siap. Highway dekat sana tak ada tol dan highway dia boleh U-turn.

Sampai-sampai Krabi, terus check in hotel Dusitd2 Aonang Beach. Hotel ni bukan setakat reasonable, bilik dia bersih, fast service dan berdekatan dengan Ao Nang Beach. Kedai souvenir pun banyak. Nak cari kedai makanan halal dekat Aonang Beach ni susah sikit.

Kena survey sendiri. Nak kenal pasti halal dekat kedai-kedai makanan tu akan ada tulisan halal. Dekat depan hotel kitaorang duduk tu ada 2, 3 kedai halal. Makanan murah-murah. Lokching dia satu cucuk 5baht je (lebih kurang 50sen duit kita). Wajib try banana pancake nutella, ais krim kelapa.

DAY 2

Lepas breakfast dekat cafe hotel, driver datang ambil untuk ke Ao Nang Beach. Kitaorang ambil pakej island trip dengan boat and beyond untuk pusing 4 Islands dari pukul 8.00pagi-12.30 tengah hari. Boat ni nama dia Longtail Boat. Yang ni private punya so agak mahal. 4pax(800+). Lebih dari 4 orang kena bayar extra charge per person. Nak booking boleh book dekat klook ataupun website dia terus dekat Instagram: Boat and Beyond.

Untuk yang mabuk laut tak digalakkan naik ni. Masa naik ni, memang melompat-lompat juga boat ni sebab tour guide tu cakap sekarang musim ombak kuat. So snorkeling pun tak boleh. Jadi kitaorang naik ni singgah-singgah dekat Island sahaja. Service pakej Boat and Beyond ni memang A+.

Balik dari island trip, singgah hotel rehat dulu. Lepas tu petang pergi Aonang Beach untuk makan petang. Tak ingat nama kedai makan tu tapi sedap semua makanan dia. Tomyam semua lah. Owner dia cakap Melayu. Lpstu terus gerak pergi Krabi Night Market. Sini macam-macam ada. Makanan Thai, baju-baju dan souvenir.

Baca juga 10 tempat menarik wajib singgah Cameron Highland tahun 2022, ada yang masuk percuma!

DAY 3

Lepas breakfast dekat hotel, check out dan jalan-jalan cari souvenir dekat Ao Nang beach. Lepastu singgah sekejap Hat Yai untuk lunch. Nama restaurant ni Kai Tod Decha. Tomyam Kelapa dia memang sedap. Ramai orang Melayu datang makan sini. Plan nak naik gajah dekat Hat Yai ni tapi tak sempat. Jadi terus balik lepas makan tu.

– Dah sampai dekat sempadan tu, kena turun dekat Imigresen Thailand untuk cop passport dan penyerahan salinan yang kita simpan tadi tu. Dekat Imigresen Malaysia nanti pegawai tu akan check bonet kereta sekejap. Itu sahaja.

PERKONGSIAN BAJET

  1. Hotel Dusitd2 Aonang Beach (2malam) RM300+ (book dekat Trip.com)
  2. Minyak Kereta (Full tank (RM100+) (pergi balik)
  3. Kalau naik kereta yang jimat minyak tak smpai 100+ pun sebenarnya. Kami 100+ sebab naik Estima.
  4. Insurans kereta ke Thailand
  5. Total RM289
  6. Pakej Private Longtail Boat kitaorang ambil dengan Boat and Beyond . Pusing 4 islands, meals+picnic provided, snorkeling (tengok keadaan cuaca dan ombak)
  7. Makan-makan dekat Thailand lebih kurang macam kita makan dekat sini sahaja. Tapi mostly murah-murah juga makanan-makanan dekat sana.
  8. Korang tinggal nak bawak duit lebih je untuk shopping.

Bajet tak sampai RM1,000 pun. So kesimpulannya, pergi sendiri lagi jimat dari naik kapal terbang. Selamat bercuti ke Thailand!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Nurul Hidayah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.