BESTNYA apabila dapat meluangkan masa bersama keluarga dan menerokai pelbagai lokasi menarik di Kelantan dengan hanya menaiki kereta api.

Dabong yang terletak di daerah Kuala Krai, Kelantan antara lokasi yang menjadi tumpuan pelancong tempatan sejak akhir-akhir ini. Jika dahulu ia seakan terpinggir daripada pembangunan, Dabong kini popular sebagai destinasi yang indah dengan alam semula jadi.

Pengguna Facebook, Felicia Ramzi berkongsi trip lima sekeluarganya dari Kajang, Selangor ke Dabong Jun lalu menggunakan kenderaan awam.

Baca juga:Tidur dalam pembetung paip, konsep unik jadi buruan ramai dengan harga berbaloi

Baca juga: Santai jalan-jalan di Kuala Lumpur, ini 6 makanan viral wajib cuba

Mengambil masa lima hari empat malam, aktiviti jalan-jalan Felicia dan keluarga meriah dengan itinerari yang telah dirancang awal.

“Hai semua, kali ini saya nak kongsikan trip kami lima sekeluarga menaiki ‘Jungle Train’ atau Ekspres Rakyat Timuran koc berkatil ke Dabong musim cuti sekolah lepas.

“Izinkan saya kongsi beberapa tip dan trik tentang ‘jungle train’ ini dan juga info tempat-tempat menarik di Dabong. Laluan kami adalah dari Stesen Kajang 1 menaiki ETS ke Gemas. Manakala dari Gemas, kami menaiki Jungle Train menuju ke Dabong,” titipnya.

Baca juga:5 Port hotel kapsul dan ‘kolong gergasi’ wajib terjah!

Felicia berkongsi beberapa tip dalam pembelian tiket agar mendapat katil sesuai dengan harga yang berbaloi.

1. Pembelian online: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) banyak memberikan diskaun berbentuk kod promosi.

2. Pembelian online: Jika ada warga emas, beli tiket di bawah penama warga emas tersebut kerana jika membeli di atas nama penama dewasa, kategori warga emas tidak akan muncul dalam pilihan kotak bayaran dan ia perlu dibayar pada harga dewasa. Ini merugikan.

3. Jika membeli di kaunter, minta bantuan staf KTMB. Beritahu minta letakkan kod promo. Beli di bawah penama warga emas jika ada warga emas. Staf KTMB pasti lebih arif. Bagi kami tempoh hari, jika tidak menggunakan kod promo, Kajang-Gemas saja pun sudah RM250. Tetapi sebab masukkan kod promo (CUTIKERETAPI2) & (MKTMB22), total kos tiket kami jadi RM148 pergi balik. Jauh bezanya kan? Jimat banyak.

4. Sama juga bagi pembelian tiket Gemas-Dabong. Harga asal dapat sekitar RM400. Tetapi oleh kerena kami memasukkan kod promo yang KTMB beri, total pergi balik RM268 bagi koc berkatil.

Baca juga: Cuti-cuti di Selangor pun best! Ini menarik di Pulau Carey

5. Koc berkatil : Koc T6-T8. Tip saya, belilah katil tengah-tengah di Koc 8. Salah satu sebabnya penumpang lain tidak lalu-lalang untuk ke kafe di Koc 5 dan koc 8 paling dekat dengan kepala kereta api. Hendak bergambar di stesen Gua Musang, Koc 8 paling depan sekali.

6. Bagi pilihan katil, nombor genap ialah katil bahagian bawah. Nombor ganjil pula ialah katil sebelah atas.

7. Untuk pemandangan bukit di Gua Musang, pilih katil sebelah kanan bermula dengan nombor 3, 4, 7, 8, 11, 12, 15, 16 dan seterusnya sehingga 39, 40.

8. Bawa sarung ekstra untuk balut tilam dan bantal.

9. Bawa makanan ekstra dan jangkakan servis penyediaan makanan sedikit lewat jika penumpang ramai.

Baca juga:Blue Tears, penemuan luar biasa di Kuala Selangor. Laut bercahaya dengan warna kebiruan

Baca juga: Kuantan diisytihar bandar raya, ini 15 tempat menarik boleh dikunjungi

Iklan

Tempat makan best di Dabong, wajib cuba

1. Mi Udang Che Da di depan stesen KTMB Dabong.
2. Mi Udang Harimau Kak Nah
3. Nasi Kerabu Kak Tiey di Jambatan Kemubu
4. Ikan Bakar Adam’s Cafe
5. Dodol lemak sebagai buah tangan untuk dibawa pulang

Baca juga: Kereta api terkandas lebih 2 jam gara-gara si bulus syok ‘berehat’ atas bumbung

Penginapan

-Malam pertama, Felicia dan keluarga menginap di Resthouse MDD iaitu satu unit berkonsepkan rumah. Terdapat dua buah berpendingin hawa, dua buah katil saiz queen, sofa dan permaidani di ruang tamu, dapur dengan kemudahan asas serta bilik mandi. RM150 bagi satu malam.

-Pada dua malam seterusnya mereka menginap di Rose House Dabong yang mempunyai satu bilik, satu katil queen, satu katil single, satu toto. Caj penginapan RM80 semalaman dan RM50 untuk tinggal sehingga malam sementara menunggu kereta api balik ke Gemas jam 11.32 malam.

“Kedua-dua penginapan ini tidak menyediakan televisyen, peti ais atau tempat masak tetapi sangat berdekatan dengan stesen kereta api. Kami memang pilih lokasi di pekan sebab kami tiada kenderaan Jika terjadi apa-apa, kami masih boleh jalan kaki ke stesen.

Baca juga:Wow! Bercuti 10 hari ke Turki hanya RM3,444, lelaki ini kongsikan

Baca juga:Percutian bajet dalam M’sia 10 hari baru RM3K, lelaki ini kongsikan

Iklan

“Tak menyesal trip kali ni. Sungguhpun tidur tidak lena dalam kereta api, talian telefon SOS, objektif utama telah tercapai iaitu makan, menikmati alam semula jadi dan merasa naik jungle train Malaysia. Priceless!” titip Felicia.

Menerusi catatan itinerari, Felicia dan keluarga turut ke Wakaf Bharu dengan kereta api dan berkunjung ke beberapa lokasi menarik di Kelantan termasuk Pasar Siti Khadijah, Bazaar Tok Guru, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Senok, Pintu Gerbang Dataran Rehal, Pasar Tani Pengkalan Datu dan Masjid Ar-Rahman Mukim Tok Gajah.

Baca juga: Bajet bawah RM2,000, percutian bajet ala backpackers dengan Amtrak mengelilingi Amerika Syarikat 30 hari

Baca juga: [VIDEO] Wanita terkejut tiba-tiba muncul lelaki dari almari hotel, 10 tip ini wajib buat bila check-in

Sumber: Felicia Ramzi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan