SEDAPNYA! Ya, lihat gambarnya sudah kecur air liur dibuatnya kan? Untuk ibu yang kesuntukkan masa, boleh cuba ayam masak mamak ini.
Tak perlu nak berlama-lama di dapur, ketung-ketang kejap, dah siap juadah untuk suami dan anak-anak.
Yelah, resipi ayam masak mamak ni senang sangat nak dibuatnya. Sedap pula tu! Dijamin akan habis licin dinikmati keluarga.
Selain itu, menu ini juga sesuai untuk dijadikan bekal untuk ke tempat kerja dan anak-anak ke sekolah.
Bahan-bahannya;
- 3 keping dada ayam dipotong
- 3 biji bawang besar dipotong
- 3 ulas bawang putih dipotong
- 3 tangkai daun kari dipotong
- Cili kering ikut tahap kepedasan masing-masing
- * 1 inci halia kalau suka
- Sos tiram
- Sos cili
- Pes asam jawa
- Gula dan garam
Cuba juga Sedapnya mi goreng mamak! Menu simple boleh buat berbuka, sahur
Cara membuatnya;
1. Gaul ayam dengan tepung kentaki atau tepung Bestari. Boleh juga guna campuran tepung jagung dan tepung gandum. Gorengkan dan ketepikan.
2. Tumiskan sehingga layu dan naik bau bahan yang dipotong.
3. Kemudian masukkan 3 sudu sos tiram, 3 sudu sos cili, masukkan agak-agak dalam 1 sudu kecil pes asam jawa.
Cuba juga Ikan Siakap Tiga Rasa Sempoi yang senang sangat nak masak. Kena cuba masak hujung minggu ini
4. Tambah air sikit nak bagi berkuah. Tambah gula 1 sudu besar dan sedikit garam. Dia manis-manis pedas rasanya.
5. Biarkan mendidih, rasa dulu kuah dan agak-agak dah sedap di tekak, masukkan ayam tadi dan gaul rata. Tutup api dan siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Shafiqah Liyana
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.