Sweetnya! Isteri tersipu disuap suami OKU guna kaki buat ramai kagum

Iklan
Sweetnya! Isteri tersipu disuap suami OKU guna kaki buat ramai kagum

SWEETNYA! Itu perkataan yang sesuai dikatakan dengan situasi sepasang suami isteri yang kelihatan manja dan romantik.

Tidak dapat dinafikan setiap manusia inginkan pasangan hidup yang terbaik dalam kehidupan.

Iklan
Iklan

Namun, perkahwinan merupakan satu perjudian. Jika bernasib baik, kita akan bahagia dalam hidup, namun jika tidak, meranalah kita dalam perkahwinan tersebut.

Mendapat pasangan yang susah senang bersama bukan lah satu perkara yang mudah. Manakan tidak, ramai yang lebih memilih individu yang ‘perfect’ dari hujung rambut ke hujung kaki sehingga kita terlupa tiada seorang pun daripada kita adalah sempurna.

Iklan

Seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana gelagat sepasang suami isteri ketika makan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @alongpm, dapat dilihat kedua-dua mereka berada di sebuah kedai makan.

Iklan

Namun apa yang lebih menjadi tumpuan adalah wanita tersebut kelihatan tersipi-sipu malu ketika suaminya yang juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) menyuapkan makanan kepadanya.

Suaminya itu menyuapkan makanan ke mulut isteri tercinta menggunakan sudu bukan dengan tangan, tetapi kaki kirinya.

Gelagat wanita bahagia itu memaparkan dia langsung tidak kekok malah kelihatan sangat mesra dan menghargai setiap momen bersama suami tercinta.

Baca juga "Cintakan Malaysia, kami tambah warganegara.” Lee Chong Wei umum isteri hamil anak nombor 3

Difahamkan, pasangan istimewa itu dikatakan baru sahaja mendirikan mahligai cinta mereka pada Jun tahun ini di Kampung Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan.

Menjengah ruangan komen, rata-raya warganet kagum melihat kebahagiaan mereka malah mendoakan agar hubungan rumah tangga mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

Ada antara mereka memuji sikap wanita yang setia dan baik hati menerima keadaan suaminya yang lain daripada lain.

Ujar mereka;

"Ya ALLAH adik.... jalan ke Syurga kalian terbuka luas. Teruskan santun menyantun untuk dijadikan santapan rohani insan-insan lain yang melihat."

"Semoga kekal till jannah.. baik budi isteri terbentuk dari suami yang mithali."

"Kesetiaan itu penting semoga dipermudah segala urusan dan dimurahkan rezeki selalu."

"Seronoknya tengok... ini di namakan cinta lahir dari hati. Kumpul pahala banyak-banyak dik.. akak doakan agar awak menjadi isteri yag solehah."

"Semoga anda akan bahagia hingga ke anak cucu hadir sokong anda berdua terbaik."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.