TINGGAL baki sebanyak RM1.97, ribuan ringgit dalam akaun bank lesap. Demikian keluhan mangsa penipuan dalam talian (scammer) yang melibatkan perbankan dalam talian.
Sesiapa sahaja akan berasa kecewa melihat wang hasil titik peluh sendiri dikaut mudah pihak tidak bertanggungjawab.
Dalam kes yang tular di laman sosial, Fairul Asni Hamzah, pemuda dari Jengka, Pahang kehilangan wang dipercayai angkara penipuan atau scammer. Beliau hanya menyedari apabila sejumlah wang miliknya dipindahkan ke beberapa akaun tidak dikenali.
Baca juga: Hati-hati scammer curi duit dalam akaun bank, Che Nom kongsi tip elak ditipu
[caption id="attachment_93621" width="800"] Kredit foto: Pexels[/caption]
"Hendak menangis rasanya. Hendak tergelak dan nak down pun ada. Sampai tinggal itu sahaja kau kebas. Sekurang-kurangnya tinggalkah RM50 atau RM20,” kata Fairul yang berkongsi tangkap layar transaksi pemindahan wang yang dilakukan pihak scammer berjumlah RM2,000 sebanyak dua kali, RM1,000, RM315 dan RM128 yang kesemuanya berjumlah RM4,943.
Lebih menyayat hati, wang berkenaan adalah wang perniagaan. Segala-galanya berlaku selepas berbual dengan seorang 'wanita' tidak dikenali di laman sosial WhatsApp.
"Sebelum duit lesap dalam bank semalam, ada perbualan WhatsApp dengan nombor yang tidak dikenali. Aku memang betul-betul down ni,” luahnya.
Fairul berkongsi tangkap layar perbualan yang mencurigakan dengan penipu bernama ‘Salina’ dari Kedah menerusi aplikasi WhatsApp.
Ia berkaitan jual beli kasut di sebuah laman jual beli dalam talian. ‘Salina’ mendakwa telah tersilap mengisi nombor telefonnya pada ruangan profil di sebuah laman jual beli dalam talian.
Penipu berkenaan meminta beliau memeriksa sama ada menerima mesej dari laman jual beli tersebut.
Baca juga: AWAS! Jangan sekali serah kod pengesahan enam digit WhatsApp, itu scammer!
‘Scammer’ kini semakin licik. Malah penipuan mereka juga boleh menjadi amat meyakinkan sehingga mudah memperdaya mangsa.
Kementerian Kewangan Malaysia mengingatkan pengguna perbankan dalam talian agar tidak berkkongsi nombor OTP, TAC atau pin.
Golongan wanita juga tidak terkecuali dan berpotensi menjadi mangsa taktik licik penjenayah siber ini.
Sekiranya anda menjadi mangsa penipuan, kekalkan sebarang sms atau mesej daripada scammer. Sebarang bukti interaksi atau mesej dengan pihak mereka boleh dijadikan bukti semasa membuat laporan polis.
Jangan mudah tertipu dan buat laporan jika anda menjadi mangsa. Jika ragu-ragu, hubungi CCID Scam Response Centre melalui talian 03-2610 1559/1599 atau BNMTELELINK menerusi talian 1-300-88-5465.
Baca juga: Lagi kes Love Scam kerugian RM10,800, ini cara mudah kenali si penipu
Sumber: Fairul Asni Hamzah, Kementerian Kewangan Malaysia
Kredot foto utama: Pexels
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan