RIBUAN ringgit dalam akaun bank lesap, demikian keluhan mangsa penipuan dalam talian (scam) yang melibatkan urusan perbankan menggunakan telefon.

Golongan wanita juga tidak terkecuali menjadi mangsa taktik licik penjenayah siber ini. Bibir Merah bersimpati dan meletakkan diri pada kasut mangsa.

Tentunya berasa marah dan sedih melihat wang hasil titik peluh sendiri dikaut mudah pihak tidak bertanggungjawab.

Baca juga: Hati-hati ‘scammer’ curi duit dalam akaun bank, Che Nom kongsi tip elak ditipu

Baca juga: “Tolong jangan percaya”, ibu kecewa ‘scammer’ ambil kesempatan, nafi buka tabung sumbangan untuk Ainul

Baca juga: Cara baru scammer sasar pembeli online. Ini 5 langkah lindungi diri

elakkan ia berulang lagi. Dalam perkara ini, wanita perlu ambil tahu faktor yang membuka ruang kepada golongan ‘scammer’ mengambil kesempatan.

Facebook Amaran Scammer berkongsi ‘scammer’ kini semakin licik. Malah iklan penipuan mereka juga boleh jadi amat meyakinkan sehingga memperdaya mangsa.

Antaranya dengan cara menggunakan aplikasi mudah alih palsu (penipuan APK) untuk mencuri wang dengan cara berikut;

1. Penipu akan mengiklankan produk atau perkhidmatan pada harga luar biasa murah melalui media sosial.

2. Apabila mangsa menekan pautan pada iklan, tindakan itu akan menghalakan mangsa ke aplikasi mesej.

3. Mangsa akan diberikan pautan melalui mesej palsu untuk memuat turun aplikasi (dengan format .APK) yang kononnya digunakan untuk tujuan pembayaran.

4. Mangsa memuuat turun dan memasang fail APK dalam telefon.

5. Tanpa disedari, mangsa memberikan kebenaran kepada aplikasi APK untuk mengakses SMS. Beginilah cara menipu mendapatkan nombor keselamatan TAC anda.

6. Aplikasi ini juga akan membawa mangsa ke laman web perbankan yang palsu. Kemudian, mangsa akan mendedahkan maklumat perbankan kepada penipu tanpa sedar.

7. Penipu melakukan transaksi tanpa kebenaran menggunakan maklumat perbankan dan nombor TAC mangsa.

Baca juga: AWAS! Jangan sekali serah kod pengesahan enam digit WhatsApp, itu scammer!

Bagaimanapun, perkara ini boleh dielakkan dengan tidak memuat turun aplikasi selain daripada mana-mana platform aplikasi rasmi telefon pintar anda, contohnya Google Play Store, Apple App Strore atau Huawei AppGallery.

Jika anda mengesyaki telah memuat turun aplikasi hasad (malware), sebagai contoh fail APK, bertindak segera. Buang aplikasi berkenaan dan tukar laluan akaun bank anda. Laporkan sebarang transaksi yang mencurigakan kepada pihak bank dan buat laporan polis bagi membantu siasatan.

Selain itu, anda juga perlu peka ancaman SMSSpy yang boleh menyebabkan kehilangan wang daripada akaun perbankan dan kecurian maklumat peribadi. Menurut Cyber Security Malaysia, tipu helah melalui panggilan telefon yang mengarahkan anda memuat turun aplikasi Android bagi menyelesaikan pembekuan akaun bank.

Baca juga: Taip alamat web rasmi, Maybank dedah penipuan laman perbankan palsu

Iklan

Baca juga: Bolehkah orang lain guna akaun bank kita? Elak jadi mangsa akaun keldai, berikut 8 info mengenainya

Gambar hiasan

Waspada lapan laman web yang menyamar sebagai pembekal perkhidmatan iaitu:

1-Grabmaid
2-Maria’s Cleaning
3-Maid4u
4-YourMaid
5-Maideasy
6-MaidACall
7-MyMaidKL
8-PetsMore

Selain itu, mangsa penipuan perlu bertindak mengekalkan sebarang SMS. Pihak ‘scammer’ mungkin akan meminta anda membuang mesej yang mereka hantar yang boleh digunakan sebagai bukti.

Sebarang bukti interaksi atau mesej dengan pihak mereka boleh dijadikan bukti semasa membuat laporan polis.

Ayuh wanita, kita sama-sama peka jenayah ini dan hentikan scammer daripada terus berleluasa. Hentikan penipuan dalam talian.

Iklan

Jangan mudah tertipu dan buat laporan jika anda menjadi mangsa. Jika ragu-ragu, hubungi CCID Scam Response Centre melalui talian 03-2610 1559/1599 atau BNMTELELINK menerusi talian 1-300-88-5465.

SiBibirMerah: Selain mengambil langkah berjaga-jaga, harap pihak bank turut bertindak memperketat ciri keselamatan.

Baca juga: Tip selamat elak akaun kena hack, Google kongsi 10 cara kreatif pilih password terbaik

Baca juga: Kongsi nombor akaun bank pada umum berisiko jadi mangsa scammer

Sumber: Amaran Scammer, Bank Negara Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan