PUMA sekali lagi mengeluarkan produk Slipstream PUMA yang pernah diketengahkan kepada pasaran dunia pada zaman 1980-an.
Kumpulan K-pop terkenal Korea, NCT 127 dipilih sebagai duta Asia Pasifik untuk merancakkan inovasi terkini itu dalam rona PUMA White-Puma Black.
Menariknya, kasut terbaharu itu masih mengekalkan warisan reka bentuk sama pada era berkenaan dengan menampilkan siluet yang bersih, tapak kasut yang dikemas kini dan disuntik dengan sedikit elemen kemodenan.
PUMA dalam satu kenyataan media menyebut, kempen Slipstream PUMA antara lain menampilkan gaya dan tema yang mewakili getaran retro tahun 1980-an.
Ia merujuk kepada konsep jalanan vintaj, penghasilan semula grafiti, kegemilangan permainan bola keranjang, kereta-kereta lama dan kewujudan kedai jalanan.
NCT 127 secara eksklusifnya mempamerkan ciri-ciri unik tersebut dan foto mereka boleh dilihat secara terus melalui Instagram rasmi PUMA.
Selain itu, para peminat kumpulan popular tersebut boleh menyaksikan pelbagai gaya pemakaian ahli NCT 127 menerusi item dengan label PUMA.
BACA LAGI: Hanya jual kasut vintaj, remaja mampu jana pendapatan hingga RM1.09juta setahun. Lumayan sungguh!
Antaranya seperti barangan sporty seperti pakaian sukan T7, sweatshirt termasuk Slipstream PUMA dalam PUMA White-Puma Black.
Pembelian pelbagai kasut PUMA yang lain boleh didapati di Lazada dan Shopee. Jangan lupa dapatkan ya!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan