KESUNGGUHAN dan kerajinan seorang remaja membuahkan hasil apabila dirinya mampu meraih pendapatan sehingga mencecah £200,000 (RM1.09juta) setahun.

Dengan cara menjual kasut sukan bola sepak vintaj sejak di bangku sekolah, Will Amis, 18, kini mampu menjadikan pemain dari pasukan terkenal seperti Chelsea, Arsenal, West Ham dan Manchester United sebagai pelanggannya, lapor Mirror.uk.

Bintang popular England, Declan Rice, Ainsley Maitland-Niles dan John Terry antara yang pernah berurusan dengan Amis.

Remaja itu yang berasal dari Eltham Selatan Tenggara London pada awalnya sekadar menjadikan koleksi kasut boot sebagai hobi sahaja.

Kemudian Amis mengambil keputusan untu serius dan berusaha mencari kasut-kasut lama yang masih dalam keadaan baik untuk dijual.

Antara pemain bola sepak dunia yang menjadi pelanggannya.

Menjadikan ia sebagai kerja sepenuh masa, beliau akhirnya memilih untuk terus dengan kerjayanya itu berbanding melanjutkan pelajaran.

Menariknya, kebanyakan pesanan akan dihantar sendiri oleh beliau sekali.

Pendekatan itu membuatkan dirinya berpeluang bertemu dengan barisan pemain bola sepak dunia di depan mata.

“Ini memang satu hal gila! Saya awalnya hanya mengumpul kesemua kasut lama ini sehinggalah memilih untuk memuat naik ke laman Instagram. Kemudian ramai pengikut mula bertanya di mana untuk mendapatkan kasut tersebut dan
dari situ saya mendapat idea.

“Ketika belajar dahulu, saya memang seorang yang fokus. Namun, tidak berbakat dan disebabkan itu saya memilih untuk mencuba hal lain. Keluarga memberi sokongan dan apabila ayah memberikan kasut boot lamanya, saya gembira
dan memuat naik ke media sosial,” terang Amis panjang lebar mengenai perkembangan perniagaannya sekarang.

Memulakan perniagaan sejak berumur 15 tahun, Amis merancang untuk memperluaskan perniagaannya dan kini sudah mempunyanyi syarikat pengurusan pemain bola sepak.

Iklan

Nama beliau juga boleh dikatakan cukup dikenali dalam kalangan pemain bola sepak antarabangsa.

Siapa sangka, berawal dengan suka-suka mampu mengubah nasib sekali gus bergelar jutawan lebih-lebih pada usia muda.

Kejayaaan Amis itu diharapkan dapat menjadi pembakar semangat kepada kita semua agar tidak mudah mengalah dalam hal yang dilakukan.

Iklan

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI