Nenek dibunuh dalam kejadian pecah rumah, Farhan Asri mohon bantu kesan suspek

Iklan
3

PELAKON Farhan Asri yang baharu sahaja kehilangan nenek tersayang pada 22 September lalu mendedahkan kematian wanita itu adalah berpunca daripada pergelutan dalam kejadian pecah masuk rumah.

Pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu turut berkongsi kenyataan media Ketua Polis Negeri Sembilan berhubung kes tersebut yang mana pihak polis telah menemui mayat seorang wanita berketurunan Melayu dalam lingkungan umur 70-an di Taman Paroi Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.

Iklan
Iklan

Mayat neneknya ditemui dengan beberapa kesan kecederaan pada anggota badan manakala beberapa barangan peribadinya lesap termasuk barang kemas.

Baca juga: Dikatakan seiras wajah Hisyam Hamid, Farhan Asri masih sedar diri

Iklan

Pihak polis sedang mengesan suspek lelaki berbangsa Melayu berusia 45 tahun yang dikenali sebagai Mohd Faizul Bin Mohamad Ali Kamil.

Iklan

Dalam pada itu, Farhan turut meminta 'follower' di Instagram membantunya menjejaki lelaki berkenaan.

"Jika ada info boleh direct message (DM) Farhan sendiri," titipnya di Instagram.

Sinar Harian pada 26 September lalu melaporkan lelaki berkenaan dipercayai individu terakhir yang datang ke rumah wanita itu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata kehilangan dan kegagalan menghubungi lelaki itu sehingga kini telah menimbulkan persoalan.

Baca juga: Farhan Asri rasa insaf lihat diri dikapankan

"Polis meminta individu bernama Mohd Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, dengan alamat terakhir di Kampung Berkat Chembong, Rembau untuk tampil bagi membantu siasatan,"katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat juga diminta untuk menghubungi Pegawai penyiasat kes ASP Fauzan Azima di talian 019-7918695 atau 06-7682339. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah IPD Seremban di talian 06-6014999 atau mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

Rakan artis dan peminat turut menitipkan doa buat Farhan sekeluarga serta berharap suspek tersebut ditemui segera.

-"Allahu Paan, semoga Allah permudahkan semuanya buat keluarga Paan. Salam takziah. Stay strong!" -@puteriaishahofficial

-"Semoga dipermudahkan segala urusan Farhan sekeluarga."

-"Stay strong Farhan, al-Fatihah."

Baca juga: Ya ALLAH, aku ingat cucu dah mati.”- Nenek sebak tidak sangka cucu dihanyut banjir masih hidup

Baca juga: Nenek meninggal dalam kereta dipandunya, Aliff Syukri sedih tapi reda

Sumber: Instagram @farhanasrii, Sinar Harian