Mudah dan sihat, resipi peanut butter ini menjimatkan, hanya guna satu bahan!

Iklan
3

MUDAH dan menjimatkan, resipi mentega kacang atau lebih dikenali sebagai ‘peanut butter’ wanita ini boleh dijadikan panduan buat anda yang ingin membuatnya sendiri.

Tidak menggunakan gula, garam atau minyak, resipi ini menggakan kacang tanah semata-mata. Justeru, sudah tentu ia bebas bahan pengawet dan sesuai bagi anda yang sedang ‘berdiet’!

Iklan
Iklan

Baca juga: 5 khasiat mentega kacang yang ramai tak tahu, mampu kurangkan risiko kematian

Pengguna Facebook Nurul Zhafarina berkongsi langkah demi langkah penyediaan 'peanut butter' sihat 'homemade'.

Iklan

"Peanut butter sihat ini selalunya dijual pada harga yang agak mahal. Apa kata buat sendiri, lebih jimat

"Caranya juga tidak sukar, anda boleh boleh cuba buat,” kongsinya.

Iklan

Baca juga: Hasilkan 8,000 balang kuih kapit sempena Aidilfitri, ini rahsia keenakan air tangan Nor Hamida

Berikut langkah demi langkah cara penyediaan mentega kacang tersebut:

 

1- Kacang tanah tanpa kulit disangai menggunakan air fryer pada suhu 180 selama 15 hingga 18 minit.

2-Kemudian, keluarkan kacang tersebut dan sejukkan.

3-Apabila sudah sejuk, kisar kacang yang telah disangai tadi menggunakan pengisar kering. Kisar sehinggar kacang tersebut mengeluarkan minyak.

4-Bolehlah dikeluarkan dari pengisar dan diisi ke dalam balang yang bersih. Siap!

Kaya vitamin dan mineral

[caption id="attachment_94392" width="800"] Kredit foto utama: Pexels (Eiliv Aceron)[/caption]

Healthline menyenaraikan khasiat yang terkandung di dalam mentega kacang seperti berikut:

  • Vitamin E
  • Vitamin B3 (niasin)
  • Vitamin B6
  • Folat
  • Magnesium
  • Kuprum
  • Mangan
  • Vitamin B5
  • Zat besi
  • Potasium
  • Zinc
  • Selenium

Sungguhpun ia padat dengan khasiat, berwaspadalah mengambilnya kerana 100 gram mentega kacang mengandungi 597 kalori!

Dari segi kalori mentega kacang tidak begitu berkhasiat berbanding dengan sayur-sayuran rendah kalori seperti bayam atau brokoli.

Baca juga: Tempoyak durian home made, mudah je kome!

Sumber: Facebook Nurul Zhafarina, Healthline

Kredit foto utama: Pexels  (Karolina Grabowski)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.