TEPIS dan terjatuh, bukan dihempas. Demikian dedah peguam Rizky Billar, berhubung dakwaan keganasan rumah tangga oleh isterinya, Lesti Kejora.
Berbeza dengan laporan polis yang dibuat Lesti sebelum ini, Peguam Rizky Billar, Adek Erfil Manurung berkongsi kronologi dakwaan keganasan rumah tangga yang didakwa dilakukan oleh anak guamnya itu.
Adek mendedahkan kronologi versi anak guamnya berhubung dakwaan keganasan rumah tangga. Tidak dedahkan punca pergaduhan pasangan itu, beliau menegaskan beliau hanya mahu bercakap mengenai keganasan rumah tangga.
Tegasnya, Rizky tidak menghentam Lesti di bilik air di rumah yang terletak di Cilandak Barat, Jakarta Selatan.
Baca juga: Lesti Kejora sudah keluar hospital tetapi masih trauma, Rizky Billar dihentikan sebagai hos
"Yang jelas Rizky tak mengempas, tidak, itu tidak benar," kata Adek ketika ditemui Kompas di Polres Metro Jakarta Selatan pada Khamis.
Adek kemudian menjelaskan secara terperinci detik kejadian keganasan rumah tangga yang didakwa berlaku.
Baca juga:Lesti Kejora dakwa bola snuker hampir 'hinggap' di kepala, rupanya biasa dikasari Rizky Billar
Sebelum memberikan kenyataan kepada media, Adek mengaku sudah meminta penjelasan Rizky dan Lesti terlebih dahulu.
Penjelasan Adek Erfil Manurung itu bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Lesti Kejora ketika pertama kali membuat laporan kepada penyiasat Polis Metro Jakarta Selatan.
Kompas menyatakan dokumen laporan Lesti yang diterima pihaknya mencatatkan penyebab pertelingkahan adalah kerana Rizky tertangkap curang.
Lesti kemudian meminta Rizky menghantarnya pulang ke rumah ibu bapa.
Baca juga: #SiBibirMerah: Suami kacak tidak jamin bahagia, wanita bangkitlah daripada keganasan rumah tangga
"Rizky dilaporkan beremosi, cuba menolak mangsa dan mencampakkan mangsa ke atas katil serta mencekik leher mangsa sehingga mangsa terjatuh ke lantai dan ini dilakukan berulang kali,” kata dokumen laporan itu berdasarkan kenyataan Lesti Kejora.
"Kemudian dalam insiden pada pukul 10.00, suspek dilaporkan cuba menarik tangan mangsa ke arah bilik air dan mencampakkan mangsa ke lantai dan mengulangi perbuatan itu sehingga tangan kanan, kiri leher dan badan mangsa terasa sakit,” sambungnya.
Sebelum ini, media melaporkan Lesti membuat laporan terhadap Rizky di Balai Polis Metro Jakarta Selatan atas dakwaan keganasan rumah tangga pada malam Rabu, 28 September.
Baca juga: Baim Wong, isteri ‘prank’ polis demi konten konon ada keganasan rumah tangga tampil mohon maaf
Lesti dan Rizky melangsungkan pernikahan pada 19 Ogos 2021 di Hotel Intercontinental Pondok Indah, Jakarta Selatan. Billar memberikan mas kahwin 1 bilion rupiah (AS$72,300) kepada Lesti.
Kemudian baru diketahui Rizky dan Lesti telah bernikah secara siri pada April 2021. Daripada perkahwinan itu, Rizky mereka dikurniakan seorang anak lelaki pada 26 Disember 2021.
Baca juga: [VIDEO] Wanita meraung kesakitan, dakwa dipukul suami. Jiran segera report polis
Sumber: Kompas
Foto: Instagram lestykejora, rizkybillar
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.