Romantis di media sosial, rupanya penyanyi wanita mangsa dera, dakwa suami curang cekik, hempas ke lantai

A
A
A

SERING tampil romantis, pasangan selebriti Indonesia iaitu Lesti Kejora dan Rizky Billar menarik perhatian ramai kerana kerap mempamerkan kemesraan mereka di media sosial.

Pasangan muda yang mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.

Bagaimanapun bahagia pasangan selebriti popular Indonesia itu teruji apabila Lesti membuat laporan polis selepas menjadi mangsa kekerasan Rizky. Segalanya bermula selepas wanita itu mengetahui suaminya berlaku curang.

Baca juga: Dakwa didera 3 tahun, wanita sanggup tak bercerai kerana suami terlalu tampan

Baca juga: Kerana duit, wanita hamil maut didera pasangan gara-gara konten YouTube

 

Menurut News Detik, aktor berusia 27 tahun dikatakan bertindak agresif dengan memukul isterinya selepas wanita itu meminta untuk dihantar pulang ke rumah ibu bapa.

Rizky yang berang dipercayai telah menolak Lesti di atas katil sebelum mencekiknya sehingga wanita itu terjatuh di lantai. Kejadian tersebut dipercayai dilakukan berulang kali.

Baca juga: [VIDEO] Wanita meraung kesakitan, dakwa dipukul suami. Jiran segera report polis

Baca juga: Kes lelaki ‘siku’ pasangan atas motosikal bakal disiasat, warganet nasihat wanita tinggalkan suami baran

Tidak terhenti di situ, dia kemudian didakwa menarik tangan mangsa dan menghempasnya ke lantai bilik air. Tindakan itu menyebabkan Lesti mengalami kecederaan di bahagian tangan dan leher.

Turut tular satu foto yang memperlihatkan mata Lesti lebam namun tidak dapat dipastikan apakah punca kecederaan itu.

Baca juga: Akibat cemburu tidak bertempat, suami tergamak bakar isteri hidup-hidup

Pihak polis dan disiasat mengikut Pasal 44 Undang-undang No.23 Tahun 2004 tentang Penghapusan Keganasan Rumah Tangga (UU PKDRT). Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dipenjara sehingga 15 tahun sekiranya mangsa mengalami luka berat ataupun meninggal dunia.

Namun sehingga kini, Lesti dan Rizky masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kes tersebut.

Baca juga: Suami kejam tembak isteri dan sumbat dalam tong biru akan dituduh esok

Sumber: News Detik,Metro Tempo

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca