Hadiah ALLAH yang menjadi penyejuk mata, Neelofa akhirnya kongsi wajah comel Bilal

Iklan
1

HADIAH ALLAH yang menjadi penyejuk mata, demikian ungkap pengacara dan usahawan, Neelofa setelah mendedahkan wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal.

Neelofa berkongsi video yang memaparkan kompilasi lebih 30 keping gambar Bilal menerusi satu hantarannya di Instagram.

Iklan
Iklan

Bekas pengacara Meletop itu meluahkan kasih sayang buat permata hatinya dan mengakui tersayat hati selepas insiden penyuntingan gambar Bilal oleh segelintir netizen.

"Cinta dan sayang pada anakku Bilal, antara kecintaan tertinggi & teragung ummi di dalam hidup ini.

Iklan

"Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cintakan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil.

"Bilal anak ummi sayang, ALLAH zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna.

Iklan

Baca juga: Lebih kurang period pain je- 14 jam kontraksi, Neelofa kongsi detik lahirkan Bilal

"Jika kekayaan yang nak dibandingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah

"Jika keselesaan yang ditaruhkan, tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu,” titipnya.

Neelofa turut mengakui kehadiran pada 29 Januari lalu adalah hadiah yang terindah untuknya sebagai ibu dan menzahirkan kesyukuran.

"Syukur yang tiada penghujung pada-MU Ya ALLAH. Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam" titipnya.

Baca juga: Neelofa siap ambil kelas untuk Bilal, rupanya ‘sleep train’ banyak kelebihan

Warga maya dan rakan artis teruja dengan perkongsian usahawan berusia 33 tahun itu dan memuji kecomelan Bilal.

Sebelum ini tular di laman sosial TikTok foto bayi yang dipercayai Muhammad Bilal yang telah dimuat naik oleh seorang wanita.

Neelofa meluahkan rasa tersinggung dengan tindakan individu terbabit dan menyifatkan perbuatan tersebut langsung tidak menghormati perasaan beliau serta suami.

Beliau menerusi satu hantaran di InstaStory turut mendakwa wujud individu tidak bertanggungjawab menyunting foto Bilal sebelum disebarkan di media sosial hingga menimbulkan kata-kata yang tidak baik.

Baca juga: Neelofa tersinggung tidak dihormati sebagai ibu, persoal netizen sebar gambar Bilal

Sumber: Instagram Neelofa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.