‘SLEEP training’ untuk bayi banyak kelebihanya. Baru empat bulan bergelar ibu, Neelofa mengambil kelas khas melengkapkan diri untuk melatih anaknya, Muhammad Bilal untuk tidur sendirian.

Walaupun Bilal masih kecil lagi, sebagai ibu, bekas pengacara Meletop itu sentiasa menginginkan yang terbaik.

Beberapa hari lalu, Neelofa berkongsi kisah mengenai ‘sleep training’ bersama Bilal, menerusi iInstagram story.

“Hari ni first day Muhammad Bilal sleep train. Ni, Bilal sedang nesting for about 15 mins. Sebelum saya letak dalam basinet ni, dah bagi susu, gelap kan bilik and bonding session 15 mins jugak.

“Gigih tau Ummi Bilal ambil class. Actually, ilmu sleep training ni sangatlah berguna,” tulis neelofa.

Menurut Neelofa, sewaktu ‘nesting’ dia akan menyembunyikan diri daripada pandangan anaknya itu.

“Dari nesting lagi Ummi Bilal asyik menyorok tak nak bagi dia nampak kita.

“Masa ni Bilal dah tutup mata tapi masih gosok-gosok muka to fall asleep,” terangnya lagi.

Baca juga: Penyakit ‘ain punca ramai tak tayang gambar bayi. Amal doa pelindung dan langkah berjaga-jaga

Perkongsian Neelofa turut menarik perhatian pengikutnya bertanya tentang waktu tidur Bilal.

“Alhamdulillah, dia akan tidur paling lewat 7.30 malam sampai lah subuh.. Tapi akan mintak susu dua ke tiga kali sepanjang 7 malam ke 7 pagi tu. Tapi mata tutup, mulut je bukak minum susu,” jelasnya.

‘Sleep train’ atau latihan tidur sendiri untuk bayi banyak kelebihannya. Bagi yang baru bergelar ibu, boleh cuba mempraktikkan kaedah ini yang pasti menguntungkan si kecil dan anda.

Mendedahkan kaedah itu kepada anak-anak yang masih kecil sebenarnya membantu mereka untuk mendapatkan tidur yang baik dan teratur.

Oleh itu, alangkah baiknya jika para ibu mengambil perhatian mengenai latihan tidur untuk anak masing-masing. Berikut kelebihannya yang perlu diketahui:

1. Latihan tidur membantu melatih bayi untuk tidur dengan sendiri.

2. Bayi tidak memerlukan sebarang alatan atau perhatian seseorang untuk tidur.

3. Anak dan ibu akan dapat tidur mencukupi.

4. Pendedahan kepada latihan tidur sendiri sewaktu usia bayi membuatkan mereka terbiasa dengan rutin tidur harian. Ia akan membantu mereka mendapat tidur yang mencukupi walaupun sudah meningkat remaja.

Iklan

5. Ibu-ibu mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan apa sahaja kerja rumah tanpa gangguan.

6. Terdapat kajian mengatakan ibu yang mendapat tidur yang cukup, kurang berhadapan dengan masalah kemurungan.

7. ‘Sleep train’ juga akan melatih anak-anak berdikari dan membantu mereka mengawal diri sendiri.

8. Tidur memberi manfaat kepada perkembangan otak dan fizikal bayi. Ia juga membantu otak membesar dengan matang dan menguatkan ingatan.

9. Membantu perkembangan tubuh bayi yang sihat. Kanak-kanak tidak mendapat tidur yang cukup berkemungkinan mengalami obesiti. Oleh itu, tidur mencukupi akan melindungi daripada penyakit dan akan meningkatkan sistem imun.

Iklan

10. Bayi yang tidur cukup akan berkelakuan lebih menyenangkan,

Justeru, pendedahan latihan tidur kepada anak-anak perlu didedahkan dengan lebih awal agar mereka mendapat tidur yang cukup dan berupaya mengawal diri.

Sumber: babywisemom

Baca juga: Sikap semberono orang lain, bayi jatuh sakit, 7 perkara ibu bapa perlu peka

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI