Baju berkualiti, kepuasan terjamin, butik Sacoor Blue kini dibuka secara rasmi di Pavillion KL

Iklan
f - sacoor

SACOOR Blue, jenama baharu dari The Sacoor Group secara rasminya membuka butik di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sacoor, Hugo Carriço berkata, premis label itu begitu istimewa kerana mengambil inspirasi dari rumah luar bandar di Portugal Selatan.

Iklan
Iklan

"Premis kami memancarkan suasana yang menenangkan dengan butiran kayu, pelbagai dedaun dan kerusi rotan yang menambah lagi estetika luaran," katanya.

Iklan

Perjalanan Sacoor Group ke pasaran Malaysia sebenarnya bermula pada 10 tahun lalu dengan pelancaran Sacoor Brothers.

BACA LAGI: Naelofar buka butik ke-6 di KL East Mall, sejadah dan abaya Aidiladha jadi tarikan ramai

Iklan

BACA LAGI: Enggan memakai pelitup muka, minah saleh tak puas hati dihalang masuki butik mewah di KLCC

Dengan lebih 15 buah kedai di seluruh Malaysia, Sacoor Group merancang untuk mengembangkan kehadirannya di negara ini dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Mengulas lanjut, Carrico berkata, setiap helaian Sacoor Blue dihasilkan daripada bahan-bahan yang berkualiti dan sesuai dipakai pada bila-bila masa.

Sesuai dengan jenamanya yang mementingkan alam sekitar dan konsep kehidupan lestari, koleksi kapsul A.W.A.R.E, yang terdiri daripada pakaian sukan, baju sejuk termasuk jaket dicipta berdasarkan prinsip itu.

Menariknya lagi, Sacoor Blue menyediakan Kloth Cares menyediakan tong khas untuk pengguna menderma pakaian lama mereka.

Selain itu, semua pembelian dibungkus dalam beg kertas biodegradasi. Malah, tanda harga dilekatkan pada pakaian dengan benang dan bukannya plastik biasa.

Khas untuk peminat setianya, Sacoor Blue menjemput anda mendaftar untuk program keahlian Kelab Sacoor yang melayakkan anda mendapat tawaran istimewa, perkhidmatan, diskaun dan hadiah.

Mata dikumpul melalui pembelian dari mana-mana kedai Sacoor Blue, Sacoor Brothers, Sacoor Outlet atau Sacoor One yang mengambil bahagian dan sah hingga setahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi