PEMAKAIAN pelitup muka adalah prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pelanggan wajib memakai pelitup muka bagi memasuki premis perniagaan yang beroperasi selain daripada syarat lengkap vaksinasi.

Sebuah rakaman video yang memaparkan seorang wanita dipercayai cuba memasuki sebuah butik mewah di KLCC menjadi tular di laman sosial Twitter.

Video berdurasi 23 saat itu yang dikongsikan pengguna Twitter @DFEfiercefun memaparkan wanita berkenaan tidak berpuas hati apabila dihalang memasuki premis jenama mewah itu.


Warganet memberikan pelbagai reaksi susulan paparan video berkenaan. Rata-rata mempersoalkan bagaimana wanita berkenaan berupaya melolos untuk memasuki KLCC.

– “Kenapa orang tidak pakai pelitup muka lepas masuk KLCC ni?

– “Dia berada di negara lain. Dia mesti mematuhi peraturan negara tersebut. Jika tidak, dia boleh pulang ke negara sendiri dan lakukan apa sahaja yang dia mahu.”

– “Masuk negara orang ikutlah undang-undang orang.”

Dalam pada itu, Mernteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberikan respons berkaitan isu berkenaan di laman sosial Twitter.

“Apabila di Malaysia, tolong pakai pelitup muka tanpa mengira peraturan di tempat lain.

“@KKMPutrajaya sedang mendapat maklumat lanjut daripada KLCC,” ciapnya.

Iklan

Pelitup muka atau facemask merupakan satu langkah pencegahan yang penting dalam mengelakkan penyebaran penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus, termasuk Covid-19.

Pelitup muka boleh digunakan sama ada untuk melindungi orang yang sihat daripada dijangkiti atau untuk mencegah orang yang dijangkiti daripada menjangkiti orang lain.

Namun, penggunaan pelitup muka harus diamalkan bersama dengan penjagaan kebersihan tangan dengan kerap, penjarakan fizikal  yang selamat iaitu sekurang-kurangnya satu meter daripada orang lain.

Iklan

Baca juga: KJ Dedah 10 Hari Sempadan Dibuka, Pesakit Covid-19 Tahap 3, 4, 5 Di KL, Selangor, Putrajaya Meningkat

Baca juga: Meloyakan, Kilang Fucuk Penuh Najis Tikus Diarah Tutup, Berikut 10 Fakta Mengenainya

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Twitter @DFEfiercefun