MEMAKAI niqab tetapi bermekap bahagian mata berlebih-lebih, Ustazah Asma’ Harun memberikan teguran.
Umum mengetahui menutup aurat adalah satu kewajipan bagi wanita Muslim. Ia bertujuan untuk memelihara kehormatan serta mengangkat taraf dan kedudukan wanita kepada tahap yang lebih tinggi.
Aurat wanita yang wajib ditutup ialah seluruh tubuh badannya, melainkan wajah dan tapak tangan.
Baca juga: Neelofa berniqab, boleh beza antara purdah dan burqa
[caption id="attachment_96281" width="800"] Kredit foto: Pexels[/caption]
Hukum memakai niqab:
1. Jika seseorang wanita itu bimbang kepada fitnah, maka boleh menutup wajah untuk menjaga kehormatan diri dan mengelakkan perkara yang tidak diingini.
2. Pemakaian niqab adalah salah satu cara yang terbaik dalam bab penjagaan aurat wanita. Justeru hukum pemakaian niqab ini adalah sunat dan afdal bagi kaum wanita.
Ustazah Asma Harun menegaskan tujuan berniqab adalah untuk tidak menarik perhatian orang lain dengan cara menutup wajah.
Menerusi video yang tular di TikTok, beliau berkata mata dan mulut adalah tarikan utama yang akan mengundang perhatian orang ramai untuk memandang.
Baca juga: Isteri Ustaz Abdul Somad tampil berniqab, seminggu selepas bernikah. Sejuk mata memandang
[caption id="attachment_96282" width="800"] Kredit foto: Pexels[/caption]
"Pakai niqab tetapi mata sangat cantik. Tujuan pakai niqab untuk tidak menarik perhatian. Mata dengan mulut tarikan yang kuat bagi wajah, sama ada lelaki ataupun perempuan.
Dalam pada itu, Ustazah Asma’ memberitahu Islam sama sekali tidak melarang wanita untuk berhias tetapi perlu tahu batas yang dibenarkan syarak.
"Itu kalau kita baca yang ditulis oleh jabatan mufti, dibenarkan syarak supaya ada keyakinan diri, diri itu lebih bersih dan kemas dengan tujuan tersebut. Jangan sampai bertabbaruj,” jelas beliau lagi.
Kesimpulannya, bersederhanalah dalam soal berpakaian dan menghias diri. Usah melampau-lampau hingga niat untuk menutup aurat itu tidak mencapai sasaran seperti yang sepatutnya.
Baca juga: Wanita keliru bab inai celup dan sah solat, Ustazah Asma’ kongsi penerangan lengkap
Sumber: TikTok f4tin4yu90, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Kredit foto utama: Pexels
Oleh: Norhasliza Mohd Shafi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi