SEMAK maklumat untuk memudahkan proses pada hari pengundian yang bakal berlangsung pada 19 November 2022 nanti.
Tarikh penamaan calon telah ditetapkan pada 15 November ini manakala pengundian awal pula pada 5 November depan.
Uniknya, Pilihan Raya Umum Ke-15 kali ini membuka peluang buat warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas untuk membuang undi berbanding 21 tahun sebelum ini.
Baca juga: Pertama kali mengundi? Ini adalah 10 perkara yang wanita harus tahu
SinarPlus ingin berkongsi langkah yang boleh dilakukan anda seperti berikut:
1-Klik link https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilihPapar
2-Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda jarak sempang. Misalnya 98xxxxxxxxxx), bagi perkhidmatan pentera (cth: Txxxxx), bagi Polis (cth: RFxxxxx/RFSxxxxx/Gxxxxx).
3-Masukkan kod pengesahan CAPTCHA.
4-Klik kotak SEMAK.
5-Maklumat daftar pemilih seperti nama, nombor kad pengenalan, tarikh lahir akan dipaparkan.
6-Informasi berkaitan pengundian termasuk pusat mengundi, saluran, bilangan, masa mengundi, masa keluar mengundi yang digalakkan dan tarikh pengundian turut terpampang pada seksyen kedua.
7-Turut dipaparkan maklumat daftar pemilih yang telah disahkan iaitu lokaliti, daerah mengundi, Dewan Undangan Negeri, Parlimen dan negeri.
8-SPR menyarankan para pengundi mencatat nombor Saluran serta nombor bilangan dan bawa ke pusat mengundi bagi memudahkan urusan pada hari pengundian.
Diharapkan maklumat ini membantu anda membuang undi dengan lebih efektif tanpa perlu membazirkan masa. Semoga bermanfaat!
Kredit foto utama: Pexels 1, 2
Baca juga: IC hilang? Ini kadar denda dan prosedur permohonan MyKad online
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi