Banjir: Jangan cakap kosong dan berhenti salahkan alam sekitar, segera bertindak demi elak mangsa menderita

Iklan
new wincci new wincci
new wincci

Banjir: Jangan cakap kosong dan berhenti salahkan alam sekitar, segera bertindak demi elak mangsa terus menderita

PADA Disember tahun lalu, Malaysia berduka seketika apabila banjir besar melanda di beberapa buah negeri. Paling terkesan adalah di kawasan di Lembah Klang terutama di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.

Iklan
Iklan

Difahamkan, sehingga kini penduduk di sana masih lagi trauma. Hujan yang tidak menentu dan kadangkala lebat sememangnya mengundang kekhuatiran.

Iklan

Baru-baru ini, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan. Laporan itu memang menggetarkan hati.

Kalau diikutkan kepada trend sebelum ini, persiapan awal untuk mendepani situasi bah terutama yang di luar jangka perlu dilakukan.

Iklan

Justeru, saya menyeru kepada semua pihak, bukan sahaja mangsa yang pernah mengalami situasi itu, malah kepada seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan.

Baca ni 'Ibu berjiwa kental, memang iron lady betul.' Pilih kerjaya berisiko, ramai kagum dengan Maya 'tawan' puncak KLCC

Seandainya lokasi di rumah anda terbiasa dihambat banjir, segera ambil langkah bijak. Alih atau letakkan perabot dan barang elektrik ke tempat yang lebih tinggi. Tidak perlu tunggu banjir, baru nak berbuat demikian. Bak kata pepatah, lebih baik sediakan payung sebelum hujan.

Pada masa sama, hubungi kawan-kawan atau keluarga terdekat. Jika terdesak, nyatakan kepada mereka bahawa anda perlu menumpang sementara jika rumah dinaiki air. Dengan cara tersebut, mereka lebih bersedia menerima kehadiran anda sekeluarga.

LEBIH PEKA

Dalam bab banjir, pihak berkuasa tempatan perlu memainkan peranan penting. Bukan mereka sahaja, pakar yang sentiasa memberi komentar dan usul dalam mengatasi bah besar, perlu ke depan. Inilah masanya untuk membuktikan kepakaran anda.

Cuma persoalannya kini, adakah kita memiliki individu yang betul-betul pakar dalam menangani banjir atau semua itu ibarat gelegar buluh (cakap besar) semata-mata?

Saya suka mengambil contoh metodologi negara luar seperti Taiwan. Tatkala bencana seperti taufan tercetus, pihak berkuasa pantas menyediakan tempat berlindung dan keperluan penting untuk mangsa.

Sepatutnya, Malaysia mencontohi pendekatan itu dengan menghulurkan pertolongan seawal mungkin kepada mereka yang terlibat. Bukan apa, banjir sering berlaku, namun masih kedengaran ada pihak yang masih terkapai-kapai dalam mendapatkan bantuan.

Baca ni 'Sebelum kaya duit, beliau kaya jiwa.' Guna bahasa Melayu sepenuhnya ketika berucap, sikap Khairul Aming raih pujian ramai

Kalau mahu diikutkan, lokasi hotspot banjir sudah dapat ditelah. Jadi, penempatan awal dengan infrastruktur lengkap sepatutnya sudah tersedia. Bila musim tengkujuh melanda, semua orang tahu tempat mahu dituju.

Begitu juga selepas banjir, pasti mangsa akan trauma kerana mengalami banyak kerugian harta benda dan hilang punca rezeki. Sehubungan itu, pemimpin tempatan munculkanlah diri, jalankan tanggungjawab anda. Mangsa perlu meneruskan kelangsungan hidup.

Baca lagi Musim tengkujuh, banjir diramal 7 November, 8 info wanita perlu tahu, buat persediaan awal

Namun, paling saya takuti seandainya ada nyawa yang melayang. Kalau melibatkan kes kematian, saya antara individu yang paling sedih.

Justeru, nasihat saya kepada ibu bapa sekalian, sila peka dan jangan biarkan anak-anak bermain air. Sibuk sekalipun kita, jangan abaikan keselamatan si kecil. Ingat, harta benda yang lenyap boleh diganti, tetapi jikalau hilang nyawa, menyesal pun sudah tiada gunanya.

GOLONGAN B40 PALING TERKESAN

Secara peribadi, saya pernah mengalami situasi banjir. Ketika itu, saya sedang melanjutkan ijazah sarjana yang kedua di Valencia, Sepanyol. Valencia merupakan bandar yang sering dilanda bah disebabkan hujan lebat tanpa berhenti.

Pada masa itu, saya hampir terperangkap di sebuah sekolah. Kelas saya juga terpaksa dibatalkan gara-gara banjir teruk. Ah! Kenangan itu memang tidak dapat dilupakan.

Dalam satu hal, sebagai selebriti, saya turut tidak ketinggalan menggembleng tenaga untuk mengutip derma untuk mangsa banjir di Malaysia.

Biarpun ketika itu, saya masih lagi berada di luar negara, namun radar yang terlalu jauh bukan satu masalah, sementelah banyak platform yang boleh disalurkan.

Apabila saya berada di tanah air sekarang, usaha itu masih diteruskan. Beberapa minggu lalu, saya turun padang bersama pertubuhan bukan kerajaan untuk kerja-kerja kemanusiaan seperti menghulurkan bantuan berupa barang keperluan terus kepada mangsa banjir.

Apa yang saya boleh katakan, misi yang saya ikuti banyak membuka mata saya. Melihat sumber rezeki mangsa banjir dimusnahkan oleh gelombang air yang besar dengan sekelip mata membuatkan saya sedih.

Lebih menyentuh perasaan, kebanyakannya terdiri daripada golongan B40 yang kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Baca lagi  Ibu ibu, adik datang ni.' Gelagat Nufail mengesot masuk bilik sambil cari ibunya yang koma bikin warga maya sebak!

Apabila malapetaka berlaku, kehidupan setiap keluarga lebih susah dan semakin teruk dari masa sebelumnya.

Ramai yang meluahkan kebimbangan kepada saya jikalau banjir berlaku sekali lagi. Pernah sebelum ini, saya terserempak dengan seorang mak cik yang baru kehilangan rumah akibat dibadai banjir yang menggila.

Air matanya menitis tidak henti-henti. Beliau juga berdepan dengan isu gangguan stres pascatrauma akibat kehilangan harta benda. Kehidupannya bermula dari kosong semula. Bayangkan!

Ada antara mangsa banjir yang trauma mendakwa dan berkata:"Kami sudah hubungi pihak berkuasa, tetapi sampai sekarang tiada sebarang bantuan yang dihulurkan."

Pada saya, isu sebegitu patut dipandang serius oleh pihak bertanggungjawab. Turunlah padang, bantulah mangsa tanpa kira bangsa, agama dan taraf.

Bercakap tentang bencana juga, saya berpandangan, terdapat satu lagi isu yang perlu dipandang serius. Tidak lain tidak bukan adalah tentang kewujudan tangan-tangan ghaib yang merosakkan alam sekitar.

[caption id="attachment_86347" width="800"] Gambar sekadar hiasan.[/caption]

Sudah jelas lagi nyata, banjir yang meletus teruk pada tahun lalu merupakan satu amaran agar kita berhenti daripada terus ‘menggodam‘ hutan belantara.

Secara jujurnya, luluh hati ini apabila membaca laporan tentang alam sekitar terutama pembalakan haram yang menyumbang kepada bah besar.

Saya betul-betul berharap agar pihak berkuasa tidak hanya bercakap kosong sahaja dalam menyelesaikan isu yang tidak menemui titik noktah itu.

Segala polisi dan undang-undang perlu diperketat bagi mengelak berlakunya salah guna kuasa oleh pihak tertentu.

Lihat sahaja tragedi yang berlaku di Taman Sri Muda. Masing-masing dilihat menunding jari antara satu sama lain. Hanya bercakap kosong, namun tiada sebarang inisiatif untuk memperbaiki situasi tersebut. Rakyat yang trauma dan menjadi mangsa keadaan,  terutama mereka yang tidak berkemampuan.

Secara jujurnya, tidak salah jika mempunyai niat membangunkan sesebuah tempat, namun jangan ditarah semuanya sehingga mengganggu ekosistem. Cukup-cukuplah menyalahkan alam sekitar punca bencana berlaku.

Pembangunan secara membuta tuli hanya akan memudaratkan dan memberi kesan trauma kepada rakyat pada masa hadapan. Sebuah negara tidak akan maju jika masalah yang penting sebegini dipandang ringan.

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi