BAYARAN Fasa 4 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 15 November 2022.
BKM adalah pemberian bantuan tunai langsung kepada kumpulan bersasar itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Baca juga:Kepala Bilal semakin membesar, bawa ‘beban’ 28kg. Keluarga rayu bantuan
[caption id="attachment_97621" width="800"] Kredit foto; Freepik, SinarPlus[/caption]
Baca juga:Bantuan Raja Sehari RM1,000 pasangan pengantin di Johor termasuk pemastautin, ini syarat mohon
Ia diwujudkan menerusi Bajet 2022 bagi membantu mereka yang memerlukan untuk bangun semula pasca-pandemik dan meringankan beban kos sara hidup.
Pembayaran BKM akan dilaksanakan sebanyak empat kali setahun.
Berikut lima info berkaitan bayaran BKM Fasa 4:
2-Pembayaran yang bernilai RM2.1 bilion ini akan memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang atau tiada pasangan.
3-Secara keseluruhannya, RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan 8.7 juta penerima bagi tahun 2022.
5-Keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 daripada Disember 2022 kepada November 2022 adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pada pertengahan bulan November 2022.
Bagi anda yang ingin membuat semakan status pembayaran boleh melakukannya melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my atau meirujuk Soalan Lazim (FAQ) di pada portal Rasmi BKM berkenaan.
Baca juga: Khas untuk anak OKU, permohonan bantuan ANIS maksimum RM5,000 kini dibuka
Sumber: FB Ismail Sabri
Kredit foto utama: Freepik
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi