BANTUAN diberikan kepada raja sehari sebanyak RM1,000 di bawah Bantuan Kasih Bangsa Johor bermanfaatkan meringankan beban pasangan muda yang mendirikan rumah tangga.

Perkahwinan impian ialah permulaan bagi kebahagiaan sesebuah pasangan. Bagaimanapun, kenaikan kos hidup di negara akhir-akhir ini sedikit sebanyak menghimpit  kehidupan pasangan muda.

Baca juga: Khas untuk anak OKU, permohonan bantuan ANIS maksimum RM5,000 kini dibuka

Oleh itu, lebih banyak bakal pengantin memilih untuk berjimat cermat dalam merancang majlis perkahwinan mereka dan mengambil kira perbelanjaan selepas berkahwin.

Kredit foto: Canva

Baca juga: Hadiahkan pengantin barang dapur, sahabat lelaki ini dipuji ‘bagus daripada yang merapu’

Bagi anda anak jati Johor Darul Takzim atau bermastautin di negeri tersebut, permohonan Bantuan RM1,000 Raja Sehari di bawah Bantuan Kasih Bangsa Johor dibuka sejak 1 Jun 2022 dengan beberapa syarat seperti berikut;

Syarat permohonan Bantuan Raja Sehari Orang Islam ialah seperti berikut;

-Berumur 40 tahun ke bawah
-Pertama kali berkahwin
-Mempunyai pendapatan RM5,000 dan ke bawah
-Bermastautin lebih tiga tahun di negeri Johor
-Perkahwinan bermula 14 April 2022 hingga 31 Disember 2022

Baca juga: Kahwini ‘anak emak’ satu kesilapan besar, betul ke sampai macam itu sekali?

Kredit foto: Canva

Dokumen diperlukan:

-Kad pengenalan suami dan isteri
-Slip pendapatan suami dan isteri. Jika tiada, dapatkan akaun pendapatan daripada ketua kampung atau penghulu
-Akuan Mastautin daripada ketua kampung dan penghulu
-Surat pengakuan nikah

Anda hanya perlu mengisi borang dan menghantar dokumen lengkap ke mana-mana Pejabat Kadi Daerah berdekatan. Anda boleh menyemak permohonan dan kelayakan di kaunter.

Baca juga: Kahwin 34 tahun tak sah kena nikah semula, jangan main-main bab wali

Kredit foto: Canva

Bagi pemohon yang berjaya, pembayaran akan dikreditkan ke akaun ketua keluarga. Setiap pasangan hanya layak menerima bantuan ini sekali sahaja.

Iklan

Jumlah yang diperuntukkan untuk bantuan ini ialah RM10 juta dan menyasarkan 10,000 orang penerima.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor.

Baca juga: Pengantin terlafaz mas kahwin RM500 juta, bakal isteri pun geli hati

Baca juga: Nikah 30 tahun terpaksa bubar sebelum tunai umrah, gara-gara ‘rahsia’ disembunyikan orang tua

Iklan

Sumber: johor.gov.my, Facebook Majlis Agama Islam Johor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.