Kucing penjaga kubur, bawa pulang ke rumah, tetap suka tidur di tepi batu nisan

Iklan
kucing1 (3)

KUCING yang dipelihara sangat beruntung. Makan, minum dan tempat tinggal semuanya terjaga. Berbanding kucing jalanan, nasib mereka belum tentu baik. Kadang-kadang terpaksa menahan lapar dan dahaga kerana tiada makanan. Lebih malang lagi ada yang dipukul dan dianiaya oleh segelintir individu yang tidak bertanggungawab.

Melalui satu hantaran yang dikongikan oleh seorang pengguna Facebook, Suhaili Baharudin berkongsi tentang kisah seekor kucing betina yang sering berada di atas kubur bapanya. Cerita Suhaili lagi, kucing tersebut mula dilihat berada di situ, sehari selepas arwah bapanya dikebumikan.

Iklan
Iklan

Baca juga: Wow, masjid pun ada hotel kucing! 4 manfaat bela kucing untuk wanita

Iklan

Menurut Suhaili lagi, beberapa minggu selepas pemergian arwah bapanya, dia ada pulang ke ke kampung halaman di Kuantan untuk menziarahi kubur arwah bapanya. Kelihatan kucing tersebut sedang tidur di tepi batu nisan.

Baca juga: ‘Bela tapi susahkan jiran’- Wanita geram, hempas penyapu lepas jumpa 3 longgok najis kucing

Iklan

"Saya panggil kucing itu dan memberinya makan. Kucingnya baik, comel dan manja. Bulunya juga bersih. Cara makan pula seperti kebuluran. Dengan keadaan musim hujan dan cuaca yang tidak menentu, terbit rasa kasihan. Tengok perut pula kembung kerana bunting jadi tidak bolehlah bawa ke klinik veterinar untuk disunatkan.

"Jadi saya angkut masuk ke dalam kereta dan kami letak kucing itu di tepi kedai makan. Di kedai makan itu meriah, ramai orang baik-baik dan ada banyak juga kucing-kucing jalanan yang lain. Saya berharap agar kucing ini lebih terjaga di sini berbanding di kawasan kubur,” katanya.

Pada masa sama, wanita ini berhajat untuk datang kembali ke kedai makan tersebut untuk melihat keadaan kucing itu. Beliau tidak dapat memelihara 'si meow' berkenaan kerana tidak tinggal di kawasan berhampiran. Justeru, tiada pilihan lain yang boleh dilakukan selain meletakkan kucing itu di kedai makan.

Dua minggu kemudian, wanita ini sekali pulang ke kampung halaman untuk menguruskan kubur arwah bapanya. Beliau terkejut kerana kucing yang ditinggalnya di kedai makan, kelihatan ada di tanah perkuburan berhampiran kubur arwah bapanya.

"Saya agak terkejut apabila melihat kucing itu ada di kubur semula. Lokasi kedai makan dengan kawasan tanah perkuburan sangat jauh. Ya ALLAH kasihan betul pada kucing ini. Saya tidak bagi duduk di sini kerana risau tentang makan, minum serta keselamatannya.

Malangnya apabila pintu kereta dibuka, kucing itu terus lari keluar. Ketika hendak mengambil makanan, sekelip mata kucing itu hilang daripada pandangan mata, Tidak sampai 10 saat pun. Rupa-rupanya kucing itu berada di simpang jalan menunju ke kubur semula.

Baca juga: Kucing pecahkan mangkuk RM1,500, Chef Wan tenang, ‘hendak marah pun bukan ada otak’

"Bimbang juga memikirkan nasib kucing ini, apatah lagi sedang bunting. Tidur pula di atas kubur. Sampai di kubur terus beri makan. Nampak sangat kelaparan. Mungkin saya patut belikan bekas makanan kucing dan letakkan di kubur. Apabila lapar, kucing itu boleh makan.

"Menolong haiwan yang terbiar begini sebenarnya lebih memekarkan hati. Sebetulnya tiada pula kita pernah menimbang, besar mana nanti boleh dapat syurga pahala, yang kita buat adalah kerana besarnya sebuah empati,” katanya.

Begitulah cerita seekor kucing jalanan. Moga lebih ramai masyarakat kita lebih prihatin dengan haiwan-haiwan jalanan. Santuni haiwan-haiwan jalanan dengan baik kerana mereka juga berhak untuk hidup di dunia ini.

Baca juga: Ular tedung masuk rumah, 5 kucing jadi hero, kepung hingga anggota penyelamat sampai

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Sumber: Suhaili Baharudin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi