Kreatif reka busana guna logo parti sempena PRU15, fesyen kerajaan campuran buat netizen risau

Iklan
logo parti

DEMAM Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nampaknya masih belum kebah apabila ramai pengundi masih berkongsi cerita mengenainya.

Tidak kiralah soal pemimpin daripada parti gabungan yang diangkat menjadi ketua negara, malah soal bendera parti juga menjadi modal konten di media sosial.

Iklan
Iklan

Antara yang mencuri perhatian apabila bendera parti dijahit semula menjadi busana kreatif.

Video yang dikongsikan pemilik Tiktok, Wafiey Needu meraih lebih 4.2 juta tontonan apabila kain rentang dengan logo Barisan Nasional (BN) menjadi persembahan pembukaan yang melucukan.

Iklan

Apa yang membuatkan ramai bikin geli hati, kain rentang tersebut diubah menjadi gaun panjang ala pakaian tradisi Papua New Guinea, lengkap dengan aksesori pada bahagian kepala.

Iklan

Ramai netizen yang menonton video pendek tersebut tertanya-tanya bagaimana beliau dapat kain rentang yang banyak?

Malah, ada juga yang memuji kegigihan Wafiey menjahit bendera parti tersebut untuk dijadikan lima busana untuk pertunjukan fesyen ala PRU15.

Satu video berdurasi seminit 28 saat yang dikongsikan memperlihatkan lima gaun iaitu yang pertama busana ala kostum Maleficent lengkap lambang Perikatan Nasional (PN).

Keduanya, busana tradisi negara Zimbabwe dengan logo Pakatan Harapan (PH), diikuti kain rentang dengan lambang Pas direka dengan reben gergasi pada bahagian belakang.

Baca juga Si cilik istimewa catat Malaysia Books of Records, mengenal 198 bendera kurang 10 minit

Banyak lagi sebenarnya yang dikongsikan pemuda kreatif tersebut. Tidak hanya logo parti tertentu, Wafiey juga menggabungkan semua bendera menjadi konsep pakaian yang membuatkan ramai 'risau'.

Bukan sahaja kombinasi bendera PN bersama BN, malah lambang PH, PAS dan Pejuang juga disatukan menjadi satu pakaian yang memang vazz.

Rata-rata komen netizen yang mengikuti konten tersebut berkongsi komen lucu, antaranya adakah ini fesyen kerajaan campuran?

Selain itu, ramai yang risau gabungan parti tersebut menjadi kenyataan, tak kurang juga mengusik model tidak cukup tinggi.

Paling love, ramai sukakan buasa Pas itu.

Ramai yang meminta pemuda tersebut membuat komplikasi album untuk semua rekaan tersebut.

Metafora PN sebagai Maleficent. Ramai orang tak suka tetapi sangat baik dan kekuatan dia, dia sayang semua tanpa kira apa-apa pun. Itulah PN.

Suka sangat bahagian sayap dan tanduk tu. Guna material kain apa?

Lain macam fesyen.

Meskipun perkongsian video pendek itu sekadar suka-suka, ramai memuji pendekatan kreatif dan inovatif beliau menggunakan barangan terpakai.

Baca juga Bendera 50 meter guna jahitan tangan, anggota APM sukarela sumbang masa, tenaga

Apa pun kita semua sudah lega belum kerajaan baharu yang diumumkan nanti? Semoga pemimpin yang diangkat menerajui negara dapat memberikan servis terbaik.

Bukan apa, rakyat sudah melakukan tanggungjawab untuk keluar mengundi demi memilih pemimpin, jadi inilah masanya untuk buktikan manifesto parti boleh direalisasikan atau pun tidak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi