Si cilik istimewa catat Malaysia Books of Records, mengenal 198 bendera kurang 10 minit
KEJAYAAN kanak-kanak kelainan upaya, Rashwin a/l Kalithas mencatat namanya di dalam Malaysia Books of Records adalah sesuatu yang membanggakan.
Si kecil berusia 4 tahun yang mengalami autisme itu berjaya mengenal pasti bendera antarabangsa terbanyak di negara ini.
Rashwin berjaya mengenal pasti 198 bendera dalam masa 9 minit 54 saat.
Menurut Perunding Kanan Rekod MBR, Edwin Yeoh pencapaian itu adalah sesuatu yang luar biasa kerana kanak-kanak autisme biasanya mempunyai daya fokus yang kurang dan sangat mudah terganggu.
“Rashwin melakukan dua kali percubaan (secara maya) tetapi tidak melakukan dengan baik, tetapi dalam percubaan ketiga, kita sebenarnya mahu menggunakan kad imbasan (secara fizikal) kerana beliau sudah biasa dengan cara itu (dan akhirnya dia berjaya memecahkan rekod tersebut),” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sijil tersebut di sini hari ini.
Baca juga: 10 Kes Tertukar Bayi Di Dunia. Nombor 2 Paling Epik, 60 Tahun Baru Jumpa Semula!
Katanya rekod terdahulu dipegang oleh seorang budak lelaki berusia lima tahun dari Negeri Sembilan yang dicatatkan awal tahun ini.
“Bapanya, Kalithas Selvaraju, 40, telah menghantar permohonan untuk aksi memecahkan rekod dan rekod sebegini wujud pada peringkat antarabangsa namun tidak ia bukan dipecahkan oleh kanak-kanak autisme.
Baca juga: Hebat! Kanak-Kanak Istimewa Ini Miliki IQ Lebih Tinggi Daripada Albert Einstein
“Kita juga berasakan seseorang dewasa jika diuji sedemikian, belum tentu dapat jawab separuh daripadanya seperti yang dilakukan Rashwin memandangkan sukar untuk kanak-kanak autisme memberi fokus pada satu-satu barang tertentu kerana daya perhatiannya singkat dan mudah terganggu,” kata Yeoh.
Katanya MBR terpaksa menolak permohonan seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun yang boleh mengenal pasti 215 bendera dalam masa 12 minit kerana Rashwin lebih pantas.
Sementara itu, ibu kanak-kanak berkenaan, Krishnarani Balakrishnan, 36, berkata anak keduanya itu telah berjaya menetapkan satu tanda aras yang baharu.
Suri rumah itu berkata beliau mula mengesan bakat anaknya itu seawal usianya dua setengah tahun kerana dia berminat dengan kamus bergambar selain bentuk dan warna.
Beliau dan suami, yang bekerja sebagai pengurus data, memutuskan agar Rashwin mencuba nasib untuk memecahkan rekod MBR sebaik sahaja dia boleh mengikut arahan.
Baca juga: Pemenang Perak Olimpik Jual Pingat RM525,000 Demi Nyawa Seorang Bayi
“Untuk rancangan masa depan, kami akan beri dia masa sebelum cuba memecahkan rekodnya sendiri.
“Kami juga mahu terus memberi pendedahan tentang autisme dan memberi inspirasi kepada lebih ramai ibu bapa untuk lebih memahami anak-anak autisme mereka.
“Secara peribadi, kami mahu generasi muda memahami mengenai penyaki autisme.
Bagi sekolah, alangkah baiknya sekiranya kesedaran mengenai autisme diselitkan di dalam pendidikan kerana banyak kes buli melibatkan golongan ini,” kata Krishnarani yang juga bekas pengurus insurans.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Bernama
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang