Banyak punca kenapa penyakit paru-paru berdarah boleh terjadi. Ini rawatan yang disyorkan pakar

Iklan
nad zainal nad

PELAKON Nad Zainal yang kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak Ahad lalu dilaporkan semakin menunjukkan perkembangan positif.

Berita tersebut dikongsi oleh beberapa selebriti seperti Sherry Al-Hadad, Sharifah Shahirah termasuk pengarah, Shahrulezad Mohammedin.

Iklan
Iklan

Shahrulezad menerusi laman Instagramnya memberitahu, pendarahan dalam paru-paru Nad sudah berhenti.

"Malah, tahap oksigen dia dah naik balik pada bacaan 100,” ujarnya yang memohon jasa baik orang ramai untuk terus mendoakan kesembuhan Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin.

Iklan

Sementara itu, menurut laporan The Star, buah pinggang pelakon Cina Buta itu turut akan dirawat

Difahamkan juga, doktor yang merawatnya difahamkan masih belum dapat mengesan punca berlaku pendarahan berterusan dalam paru-paru selebriti tersebut.

Iklan

Dari satu sisi, tidak dapat dipastikan lagi jika Nad mengalami jangkitan bakteria atau virus.

Selepas berita penyakit Nad tersebar dengan meluas, ramai ingin tahu apakah penyakit paru-paru berdarah atau pulmonary hemorrhage (pendarahan pulmonari).

Sehubungan itu, SinarPlus merujuk penulisan Asthma and Lung UK, National Library Of Medicine (NIH), Amerika Syarikat dan Myhealth yang secara terperinci menjelaskan mengenai masalah kesihatan itu.

Berikut fakta-faktanya:

APAKAH MAKSUD PARU-PARU BERDARAH ATAU PULMONARY HEMORRHAGE?

-Selalunya menimpa kalangan kaum Adam.

-Ia berlaku kebocoran darah dari saluran darah dalam tenggorokan (saluran udara dari halkum ke paru-paru).

-Keadaan ini jarang berlaku dan boleh menjejaskan individu pada semua peringkat umur.

-Pendarahan pulmonari boleh bermula secara beransur-ansur dan berterusan untuk jangka masa yang lama.

-Dalam satu keadaan, ia berupaya mengancam nyawa pesakit secara tiba-tiba.

-Sesetengah orang mungkin mengalami pendarahan paru-paru apabila mereka dijangkiti.

-Bagi bayi pramatang dan bayi baru lahir dengan berat yang rendah, komplikasinya dikategorikan sebagai serius.

[caption id="attachment_98829" width="800"] Sumber Foto: 123rf dan Instagram Nad Zainal[/caption]

APAKAH YANG MENYEBABKAN PENYAKIT ITU TERCETUS?

-Terdapat banyak kemungkinan. Untuk kanak-kanak, jangkitan adalah faktor biasa.

-Pun demikian, doktor tidak selalu dapat mengenal pasti puncanya. Situasi ini dikenali sebagai pendarahan pulmonari idiopatik.

-Seperkara, pendarahan mungkin datang dari satu kawasan sahaja atau dari banyak lokasi.

-Sekiranya terdapat pendarahan dari satu kawasan paru-paru, ini dipanggil pendarahan setempat.

Punca pendarahan pulmonari setempat termasuk:

i) Jangkitan seperti radang paru-paru, batuk kering, cystic fibrosis atau lain-lain bentuk bronchiectasis (kerosakan secara kekal pada saluran bronkial paru-paru dan membesar secara abnormal).

ii) Kecacatan paru-paru kongenital.

iii) Trauma fizikal. Sebagai contoh, kecederaan dalam kemalangan kereta.

iv) Kelemahan pada saluran darah

v) Tumor paru-paru.

[caption id="attachment_98834" width="800"] Sumber Foto: Freepik[/caption]

Pendarahan dari bahagian berlainan paru-paru (diffuse bleeding)

-Jika pendarahan datang dari beberapa bahagian paru-paru yang berbeza, ini dipanggil diffuse bleeding atau pendarahan meresap. Ia akan menyebabkan penderita akan mengalami batuk berdarah.

-Sekiranya, pemeriksaan doktor mendapati pesakit tiada masalah keradangan paru-paru, ia mungkin disebabkan oleh:

i) Keadaan paru-paru yang jarang berlaku yang turut dipanggil haemosiderosis pulmonari idiopatik.

ii) Komplikasi selepas pemindahan sumsum tulang.

iii) Hipertensi pulmonari.

BACA LAGI: "Awak kuat, saya tahu. Kuat demi Yem dan Som” – bekas suami titip kata semangat buat Nad Zainal

BACA LAGI: Bergantung alat bantuan pernafasan, Shahrulezad kongsi keadaan terkini Nad Zainal

Dalam pada itu, menurut NIH, faktor paling biasa pendarahan pulmonari besar-besaran berdasarkan kajian prospektif Itali terhadap 606 pesakit dari lima hospital negara itu menunjukkan:

i) Kanser paru-paru (19.1 peratus)

ii) Pneumonia (peradangan paru-paru yang disebabkan oleh infeksi) (18.6 peratus)

iii) Bronchiectasis (kerosakan secara kekal pada saluran bronkial paru-paru dan membesar secara abnormal) (14.9 peratus)

iv) Bronkitis akut (peradangan atau iritasi pada bronkus yang berlangsung selama 10 hingga 14 hari. Juga dikenali sebagai chest cold) (13.7 peratus)

v) Tuberkulosis (penyakit menular yang disebabkan oleh infeksi dan berpotensi serius terutama pada organ paru-paru) (5 peratus)

Berdasarkan satu lagi penyelidikan Greek, bronchiectasis dan neoplasma, nampaknya menjadi punca utama pendarahan paru-paru sederhana hingga teruk (sederhana ditakrifkan sebagai 20 hingga 500ml dalam tempoh 24 jam & teruk ditakrifkan sebagai lebih daripada 500ml dalam 24 jam).

Neoplasma adalah pertumbuhan abnormal, namun bukan kanser yang mungkin terjadi pada pelbagai bahagian tubuh badan.

[caption id="attachment_98835" width="800"] Sumber Foto: Freepik[/caption]

RAWATAN

Dalam pada itu, Myheath menerusi laman webnya berkongsi perawatan yang selalu diberikan kepad pesakit paru-paru berdarah.

Kata mereka, rawatan bergantung kepada kuantiti darah yang keluar dan punca paru-paru berdarah tersebut. Ia terbahagi kepada tiga:

i) Menghentikan pendarahan.

ii) Memastikan pesakit tidak menyedut semula darah ke dalam paru-paru.

iii) Merawat punca penyakit yang menyebabkan batuk berdarah

Sebagai contoh, radang paru-paru dan paru-paru bernanah memerlukan antibiotik, sementara tibi memerlukan ubat tibi.

Bagi penyakit autoimun dan vaskulitik, memerlukan rawatan immunosupression drugs.

Apa-apapun fakta yang dikongsikan, semoga Nad cepat sembuh dan kembali berada dalam kondisi yang sihat seperti sediakala. Amin, amin Ya Rabballamin.

BACA LAGI: Paru-paru dipenuhi darah, Nad Zainal kritikal

BACA LAGI: Komposer ‘Suci Dalam Debu’ meninggal dunia, alami jangkitan kuman pada paru-paru akibat melioidosis

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Sumber Foto 123rf dan Freepik