KOMPOSER lagu Suci Dalam Debu’ yang dipopularkan oleh kumpulan Iklim, Wan Zulkifli Che Wan Abdul Ghani atau lebih dikenali sebagai Wan Zul menghembuskan nafas terakhir pada pagi 13 Oktober 2022.

Allahyarham yang berusia 61 tahun terdahulu dilaporkan kritikal sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2.20 pagi disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru akibat melioidosis.

Baca juga: Tibi: Angkara kuman paling mengerikan

Adiknya, Che Wan Zuhaini, 58, berkongsi Allahyarham dimasukkan ke hospital pada 2 Oktober lalu selepas demam dan batuk teruk. Difahamkan sepanjang rawatan, beliau pernah ditidurkan sebanyak dua kali.

“Arwah sebelum ini terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan dan ditidurkan selepas tahap kesihatannya merosot.

“Arwah kembali stabil pada Sabtu lalu dan sudah boleh bercakap serta menunjukkan respons yang baik, namun dia sekali lagi ditidurkan pada Isnin kerana keadaannya kembali merosot,” katanya.

Baca juga: Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajuddin meninggal dunia

Che Wan Zuhaini berkata penyakit kencing manis yang dihidapi Allahyarham menyebabkan antibodi tubuhnya semakin lemah dan tidak mampu melawan jangkitan kuman.

Katanya, jenazah Allahyarham kini berada di Hospital Kemaman dan akan dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Baru Kijal.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kijal selepas solat Zohor.

Iklan

Allahyarham Wan Zul meninggalkan seorang isteri, Tengku Siti Famah dan sepasang cahaya mata iaitu Che Wan Nursyikin dan Che Wan Nuradli.

Tidak hanya menghasilkan lagi menghasilkan lagu popular kumpulan Iklim iaitu Suci Dalam Debu, Aduhai Seribu Kali Sayang dan Biografi Cinta Luka, Allahyarham turut mencipta lagu dendangan kumpulan dan penyanyi lain seperti Hanya Satu Persinggahan (Ekamatra), Antara Sutra Dan Bulan (Damasutra), Kerana Takdir (Saleem), Itulah Cintaku (Ilusi) dan beberapa lagu lain.

Baca juga: Wanita pengguna vape, pod, bahaya menanti, kisah paru-paru bocor ini jadikan pengajaran

Iklan

Sumber: Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.