Song Hye-kyo sambut hari jadi ke-42, 6 amalan rutin kecantikan

Iklan
song hye kyo (1)

PESONA kecantikan pelakon jelita Song Hye-kyo sering memukau perhatian ramai. Figura bertubuh genit ini semula jadi cantik walaupun tanpa solekan. Potongan bentuk badan yang langsing membuatkan ramai berasa iri hati.

Pada 22 November, Song Hye-kyo telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-42. Beliau telah mengadakan parti hari jadi bersama rakan-rakannya. Seperti tidak percaya Song Hye-kyo sudah pun mencecah usia 42 tahun.

Iklan
Iklan

Baca juga: Rajin bersenam, minum kopi tanpa gula, rahsia sihat dan awet muda Nadia Annuar

Iklan

Mengikut usia rasmi, Song Hye-kyo genap 41 tahun tetapi di Korea kiraan umur bertambah satu tahun menjadi 42 tahun.

Baca juga: Majlis kahwin 'trending' di sosial media, berikut 10 fakta ringkas pernikahan Hyun Bin, Son Ye Jin

Iklan

Melalui satu hantaran dilaman Instagram, beliau tidak lupa untuk menzahirkan rasa syukurnya pada peminat yang turut memberikan ucapan hari lahir buatnya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang mengucapkan tahniah pada hari lahir saya. Saya menerima semua bunga dan hadiah yang awak hantar kepada saya. Terima kasih. Ya! Saya harap anda semua sentiasa sihat dengan perkara yang gembira,” titipnya di Instagram.

Berikut antara ucapan-ucapan daripada para peminat Song Hye-kyo:

-"Selamat hari lahir. Saya doakan awak sentiasa gembira.”

-"Hari lahir seorang puteri.”

-"Selamat hari lahir. Semoga kekal selamat dan bahagia.”

-"Yang terindah di alam semesta. Selamat hari jadi.”

-"Indah dan menawan. Selamat hari lahir.”

-"Selamat hari lahir si cantik.”

Baca juga: 'Beauty is pain' 4 tip elak sakit pakai tumit tinggi

AMALAN RUTIN KECANTIKAN SONG HYE-KYO

1. Senaman

Sering melakukan senaman yoga dan kardio untuk memperbaiki keadaan kesihatan. Aktif berolahraga memang efektif untuk menjadikan kulit dan tubuh awet muda. Selain itu, bentuk badan pun terjaga.

2. Mengurut wajah dengan ais

Menggunakan kiub ais untuk mengurut wajah. Menurutnya kaedah ini boleh menjadikan kulit tegang dan wajah lebih runcing. Mengurut wajah dengan ketulan ais sangat berkesan melegakan kesakitan, keradangan dan lebam pada permukaan kulit. Kaedah itu juga berkesan untuk mengurangkan kesan sembab pada wajah akibat kurang tidur.

3. Menggunakan produk perawatan wajah anti penuaan

Ibu Song Hye-kyo menasihatkannya memulakan penggunaan produk anti penuaan walaupun masih muda. Biasanya Song Hye-kyo menjalani ritual penjagaan kulit wajah pada waktu malam dengan mula memakai penyegar anti penuaan. Perawatan kulit wajah diteruskan dengan serum, krim muka, dan masker wajah.

Baca juga: Kekal cantik pada usia 43 tahun, rupanya ini rahsia awet muda Sarimah Ibrahim

4. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan air mineral secukupnya

Pelakon cantik ini sangat mengambil berat makanan yang dimakan. Beliau mengelak makan makanan ringan, makanan segera dan juga coklat.

5. Masker wajah daripada campuran putih telur dan madu asli.

Merawat wajah dengan masker yang diperbuat daripada bahan dapur. Ramuan kegemarannya ialah masker wajah campuran putih telur dan madu asli.

6. Masker wajah madu asli

Pupur wajah daripada madu asli menjadikan kulit wajah lebih cerah dan menyamarkan garis-garis halus.

Untuk info, Song Hye-kyo pertama kali debut sebagai watak utama dalam drama ‘Autumn in My Heart’, memegang watak Eun-seo bersama aktor Song Seung-heon dan Won Bin.

Beliau sebelum itu telah banyak berlakon dalam sitkom dan drama bersiri sejak tahun 1995.

Baca juga: Beyonce, Rihanna, Adele kongsi tip cantik, kurus

Sumber: Song Hye-kyo, merdeka.com

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi