KEDUA-dua pelakon Korea Selatan ini pernah bekerja sama di dalam beberapa projek di layar perak dan drama.

Pelakon jelita Son Ye Jin pernah menjadi pelakon tambahan dalam drama ‘Secret Garden’ yang dibintangi Hyun Bin pada tahun 2011.

Kemudian mereka berdua bergandingan dalam filem ‘The Negotiation’ pada tahun 2017 sehingga akhirnya bersatu semula menerusi drama ‘Crash Landing On You’ pada tahun 2019.

Mengumumkan bakal berkahwin pada bulan Mac, pasangan berusia 40 tahun itu memilih tarikh 31 Mac sebagai hari bersejarah.

Disapa sebagai ‘BinJin’ , pasangan itu akhirnya berkongsi beberapa foto hari bahagia termasuk praperkahwinan mereka.

Majlis  bertemakan dalam taman menyaksikan Son Ye Jin memakai gaun serba putih manakala Hyun Bin menggayakan sut hitam dan putih.

Berikut 10 fakta mengenai majlis perkahwinan mereka:

1. Menerusi foto praperkahwinan yang terlebih dahulu diedarkan oleh Agensi Hyun Bin, VAST Entertainment, aktor itu kelihatan segak seperti biasa dalam sut berwarna krim.

2. Son Ye Jin menggayakan gaun pengantin dengan perincian renda oleh Vera Wang dai koleksi Pengantin Musim Bunga 2020. Ia menampilkan rekaan berstruktur diimbangi dengan gaun bola bergelombang yang dihiasi dengan perincian renda bunga. Keseluruhan gaun unik diselubungi lapisan fabrik tipis mencipta penampilan indah apabila ditiup angin.

3.Dalam sekeping lagi foto yang lebih santai, mereka berdua tersenyum gembira di hadapan latar belakang putih polos. Kali ini, Hyun Bin memadankan blazer krim dengan seluar hitam berpinggang tinggi dan tali leher jenis ‘bow’.

4.Ye Jin pula anggun memakai gaun bola Elie Saab daripada koleksi Spring 2022 Bridal jenama itu.

5. Menerusi PinkVilla, pasangan ‘cinta lokasi’ itu majlis perkahwinan bertemakan dalam taman berlangsung tertutup dengan hanya dihadiri kira-kira 200 orang ahli keluarga dan teman rapat susulan penularan Covid-19.

6. Difahamkan, ia majlis itu akan berlangsung hari ini pada 4.00 petang di Aston House, Walkerhill Hotels & Resorts di wilayah Gyeonggi-do.

Iklan

7.Lokasi itu telah menjadi tempat kegemaran perkahwinan selebriti Korea Selatan termasuk Ji Sung dan Lee Bo-young pada tahun 2013.

8.Dinamakan sempena rumah agam diraja terkenal yang dibina pada abad ke-17 semasa pemerintahan Charles I di Birmingham, England, rumah agam yang di indah itu menempatkan perabot mewah dan karya seni berharga yang dikumpul selama beberapa dekad.

9. Dengan berlatarbelakangkan pemandangan Sungai Han dan taman yang luas, majlis itu dijangka menjadi perkahwinan selebriti Korea Selatan yang paling indah pada tahun ini.

10.Video dipercayai acara membaling bunga tangan perkahwinan pasangan itu tular yang mana jambangan bunga telah disambut rakan baik Ye Jin, aktres Gong Hyo-jin.

Iklan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @yejin_hyunbin2022

Hyun Bin dan Son Ye Jin dikenali ramai selepas drama popular lakonan mereka, Crash Landing On You mencatat rating ketiga tertinggi dalam sejarah televisyen kabel Korea Selatan.

Baca juga: Kapten Ri, Yoon Seri bakal berkahwin Mac ini, ‘hashtag’ #CrashLandingOnYou trending

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI