SALAH satu media Korea Selatan, Dispatch mendedahkan pelakon dan penyanyi popular Lee Seung Gi tidak pernah menerima bayaran walaupun satu sen daripada agensinya, Hook Entertainment.
Selama 18 tahun berhempas pulas demi menaikkan kerjayanya sebagai penyanyi. Sejak tahun 2004, penyanyi itu telah mengeluarkan 137 lagu dan 27 album.
Segala-galanya terbongkar baru-baru ini pelakon drama My Girlfriend Is Gumiho itu secara rasmi meminta laporan pendapatannya daripada syarikat berkenaan.
Debut pada 2004 dengan album pertamanya, The Dream of a Moth, Seung Gi dikatakan turut menjadi mangsa manipulasi agensi.
Baca juga: Hukuman penjara Seungri kekal
Pihak Hook Entertainment telah mengatakan semua album beliau tidak mendapat sambutan peminat dan keuntungan yang tidak seberapa itu diambil semula oleh pihak syarikat sebagai ‘yuran’ agar beliau tidak perlu membuat sebarang bayaran.
Menurut Dispatch, agensi berkenaan telah memadam dan memusnahkan beberapa dokumen yang menjadi bukti pendapatan Seung Gi pada peringkat awal pembabitannya dalam bidang muzik menyebabkan proses mengesahkan jumlah pendapatan menjadi sukar.
Baca juga: Song Hye-kyo sambut hari jadi ke-42, 6 amalan rutin kecantikan
Dianggarkan album pertama, kedua dan ketiga Seung Gi yang dikeluarkan pada 2004 hingga 2007 telah terjual sekurang-kurangnya 100 ribu salinan. Malangnya Lee Seung Gi tidak menerima royalti bagi lagu hits Because You Are My woman, Return, Delete hinggalah The Hard Words.
Melalui dokumen yang diperoleh oleh pihak Dispatch, ketika Lee Seung Gi menandatangani kontrak pertamanya pada tahun 2004, beliau dinyatakan hanya akan menerima 40 peratus daripada keuntungan manakala baki 60 peratus akan diambil oleh pihak Hook Entertainment.
Bagaimanapun pada 2009 perjanjian itu berubah kepada 60 peratus untuk Lee Seung Gi dan 40 peratus untuk agensi. Satu lagi perubahan dilakukan pada 2017 yang menyatakan penyanyi itu akan menerima 70 peratus manakala 30 peratus untuk Hook Entertainment.
Artis pada setaraf Lee Seung G sepatutnya menerima pembahagian pada kadar 80:20. Bagaimanapun, Hook Entertainment sebaliknya memutuskan untuk menawarkan pembahagian 70:30 dengan syarat mereka akan menampung yuran agensi dan yuran lain yang sepatutnya dikendalikan oleh agensi itu.
Pihak Hook Entertainment menafikan dakwaan Seung Gi dan meminta maaf. Ia bagaimanapun gagal mengemukakan bukti yang berkaitan dengan akaun bank. Tidak semua rekod dapat dijejaki.
Lebih buruk lagi, agensi itu telah mengancam dan mengugut untuk ‘menamatkan’ hayat pelakon tersebut. Semuanya berlaku apabila perbualan antara pengurus Seung Gi dan pihak pengurusan Hook Entertainment menjadi tular di media sosial.
Untuk rekod, selain berbakat dalam dunia nyanyian, Lee Seung Gi juga merupakan antara yang pelakon berbakat besar dan versatil. Antara drama lakonan yang berjaya menaikkan kerjaya lakonan beliau antaranya ialah My Girlfriend Is Gumiho, Mouse, Vagabond, A Korean Odyssey, The King 2 Hearts dan Famous Princesses.
Baca juga: Fattah Amin bersaing dengan bintang KPOP, 100 Wajah Tampan 2020
Sumber: Allkpop.com, CNBC Idonesia
Oleh: Norhasliza Mohd Shafi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi