DIMENSI wajah Jisoo yang sempurna dengan sepasang mata yang dalam, kelopak mata berganda indah ditambah struktur wajah yang tersendiri memberi kelebihan buat anggota kumpulan BLACKPINK untuk muncul sebagai wanita tercantik di dunia tahun 2022.

IDOLA K-POP WANITA PALING CANTIK

Menerusi laporan Allkpop, Dr Min Hee-joon yang merupakan pakar bedah plastik telah membuat video analisis mengenai K-Pop dengan mencari idol paling cantik di laman YouTube.

Bagi tujuan tersebut, lebih daripada 10 orang idola wanita telah dicalonkan oleh peminat muzik K-Pop di seluruh dunia.

Selain Jisoo, calon lain yang tersenarai termasuklah Tzuyu Twice, Lisa BLACKPINK, Irene Red Velvet, TaeYeon SNSD dan beberapa artis terkenal dan jelita yang lain.

Akhirnya, Dr Hee-joon memilih Jisoo sebagai gadis dengan kecantikan yang ideal.

Tidak sekadar dipilih sebagai Wanita Tercantik di dunia, Jisoo juga dinobatkan sebagai Idola K-Pop Wanita Paling Cantik.

Baca ni: BLACKPINK cipta lima rekod dunia

KETEPIKAN DILBARA DILMURAT

Menurut laporan majalah Nubia, keputusan tersebut diperoleh hasil tinjauan pandangan untuk idola K-Pop Wanita Tercantik pada tahun 2022.

Undian yang dibuat menerusi halaman majalah itu menunjukkan Jisoo mendapat 44.78 peratus daripada jumlah undian masuk dari 155 negara atau hampir 500, 000 undi.

Keputusan itu sekali gus berjaya mengalahkan pelakon cantik manis, Dilbara Dilmurat yang berdarah Uighur.

Sementara tempat kedua dimiliki Tzuyu yang memperoleh 39.23 peratus atau sekitar 420,830 undi dan diikuti Lisa dengan 95,312 undi atau sekitar 8.88 peratus.

Bagi kedudukan keempat pula, ia dimenangi pelakon Turki bernama Hande Ercel dengan 37,722 undian atau sekitar 3.52 peratus.

Sebagai pemenang, Jisoo memperoleh sijil sebagai Wanita Tercantik yang akan dihantar tidak lama lagi kepada YG Entertainment, agensi yang menguruskannya.

Tinjauan yang berakhir pada 1 Julai lalu tersebut turut dibuat bagi menentukan kedudukan dan mengesahkan idola wanita paling cantik dan menarik dalam industri muzik K-Pop.

MATANG DAN PENYAYANG

Sesungguhnya, Jisoo merupakan figura yang amat istimewa. Lahir pada 3 Januari 1995, gadis kelahiran Korea Selatan itu sudah berusia 26 tahun.

Beliau diakui oleh ahli kumpulannya sebagai seorang yang matang dan sering memberi perhatian kepada ahli yang lain.

Tidak hairanlah jika selebriti berkenaan cukup dikenali sebagai seorang kakak yang sangat menyayangi adik-adik dalam kumpulannya.

Iklan

Susuk tubuh bernama Jisoo juga rupa-rupanya seorang yang ceria, kelakar, menyeronokkan dan penyayang.

Salah satu perkara yang sangat comel ialah beliau rajin memberikan gelaran nama tertentu untuk ahli di dalam kumpulan tersebut.

Jisoo memberikan gelaran nama Jenduk kepada Jennie kerana Jennie memang suka melekat dengannya.

Selain itu, Rose turut diberi jolokan Rose pasta, memandangkan beliau menggemari menu yang satu itu selain pipinya tampak cute ketika sedang makan makanan tersebut.

Terakhir ialah Lisa yang mendapat banyak nama panggilan daripada Jisoo iaitu Nallalisa, Yo-Lisa, dan yang terakhir ialah Jo-Lisa.

Iklan

BERBAKAT DALAM LAKONAN

Tidak sekadar berbakat dalam bidang nyanyian dan tarian, Jisoo juga pandai berlakon.

Ini terbukti apabila beliau terpilih untuk memegang watak utama dalam drama Snowdroop bersiaran di stesen TV JTBC, sebelum ini.

Selain Jisoo, V BTS juga menerima sijil yang sama untuk kategori lelaki.

Pemilik nama sebenar Kim Taehyung itu telah dinobatkan sebagai lelaki paling kacak di dunia pada tahun 2022.

Rata-rata berpendapat, sama ada Jisoo dan V, kedua-duanya layak menerima gelaran itu. Ya, SinarPlus setuju!

Sumber gambar: Instagram sooyaaa__

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.