‘Berbakat di pentas macam ibu.’-Gelagat Aafiyah pada hari graduasi tadika raih perhatian warganet

Iklan
afiyah1

BERGAYA di pentas persis ibu, demikian komen warga maya kepada anak sulung ratu pop Malaysia, Siti Aafiyah yang membuat persembahan sempena hari graduasi tadika.

Siti Aafiyah, 4, adalah anak sulung penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Biarpun tidak dapat hadir kerana tugasan di Kota Singa, beliau berkongsi video persembahan anaknya itu menerusi laman sosial Instagram.

Iklan
Iklan

Baca juga: Tajuk jauh tersasar, Siti Nurhaliza tegur blog hiburan

Iklan

Baca juga: 'Ini bekalan akhirat saya dan suami.'-Siti Nurhaliza bina sekolah Afwa dan Aafiyah untuk anak-anak Gaza

Iklan

Apa yang menarik perhatian ramai ialah Aafiyah berupaya menari mengikut rentak lagu dengan baik tanpa teragak-agak.

Keyakinan dan langkah tidak kekok si kecil itu di pentas membuatkan warga maya teruja. Tidak kurang yang tertarik penampilan Aafiyah yang manis bertudung.

Baca juga: "Itu pilihan masing-masing” – Siti Nurhaliza ulas isu selebriti tidak dedah wajah anak

Ujar mereka:

-"Aafiyah memang berbakat semula jadi.”

-"Masya-ALLAH macam ibunya.”

-"Woww menari nampak ibu. Hebat Aafiyah.”

-"Subahanallah comelnye Aafiyah, berbakat seperti ibu.”

-"Wahh bergaya Aafiah di pentas seperti ibu. Like mom like daughter.”

-"On point step tarian Aarifah. Bagus.”

-"Bersemangat macam ibu. Hafal step pun senyum.”

-"Comel Aafiyah bertudung.”

-"Datuk Siti junior, comel macam ibunya. Sudah besar Aafiyah.”

Baca juga: Saya lega dapat cikgu untuk jaga Aafiyah – Siti Nurhaliza

Kelahiran Aafiyah pada Mac 2018 dinantikan selama 11 tahun. Si kecil itu lahir selepas lima kali percubaan Siti Nurhaliza melakukan prosedur persenyawaan in-vitro (IVF).

Keletah Aafiyah sentiasa menjadi perhatian warga maya. Baru-baru ini penyanyi lagu ‘Cindai’ itu mendedahkan enggan Aafiyah menjadi penyanyi dan lebih gemar jika anaknya itu memilih menjadi ahli perniagaan apabila dewasa kelak.

Baca juga: Cukup sepasang. Aafiyah kini kakak, Siti Nurhaliza selamat bersalin anak kedua

Sumber: ctdk

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan