Saya lega dapat cikgu untuk jaga Aafiyah – Siti Nurhaliza

DS SITI NURHALIZA
DS SITI NURHALIZA
A
A
A

MESKIPUN pandemik Covid-19 menyebabkan pelbagai aktiviti terpaksa dihentikan dan banyak masa dihabiskan di rumah, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza bersyukur dengan hikmah diperolehi di sebaliknya situasi.

Menurut Siti, 42, kesempatan itu digunakan sepenuhnya untuk meluangkan masa bersama anak-anak dan melihat perkembangan mereka di depan mata setiap hari.

Apatah lagi kedua-dua anaknya, Siti Aafiyah, 4, dan Muhammad Afwa yang kini memasuki usia lima bulan, sedang membesar dan memerlukan sepenuh perhatian daripadanya.

“Gembiralah hati saya dapat melihat anak-anak membesar di depan mata. Itulah hikmah di sepanjang PKP ini di mana saya banyak meluang masa dengan anak-anak di rumah.

“Walaupun terlibat dengan pelbagai zoom meeting di rumah, tetapi dalam masa masih dapat tengok dan uruskan anak.

“Bayangkan kalau ketika ini saya bekerja seperti biasa di luar, kena masuk pejabat atau aktiviti lain melibatkan kerjaya seni, tentunya lewat petang baru balik rumah bertemu mereka,” ujarnya yang ditemui ketika sidang media secara virtual Majlis Ulang Tahun Kedua Beausiti Stronger 2Gether pada Selasa.

Dalam pada itu, Siti juga turut berkongsi perkembangan Aafiyah yang kini bersama penjaga baharunya, setelah pengasuh anak sulungnya sebelum ini, Nur Hidayah Zubit atau lebih dikenali sebagai Dayah menamatkan perkhidmatannya baru-baru ini.

“Selepas Dayah berhenti kerana berkahwin, saya dan suami mendapatkan khidmat orang baharu yang juga merupakan seorang guru untuk mengajar dan melakukan aktiviti bersama Aafiyah di rumah.

“Alhamdulillah saya lega apabila dapat seorang cikgu untuk jaga Aafiyah. Setiap hari saya lihat banyak perkembagan positif daripada Aafiyah.

“Saya tidak mahu dia hanya tertumpu pada gajet sahaja, sebaliknya biar dia ada aktiviti lain bersama cikgunya, walaupun saya tiada di rumah.

“Afwa pula masih lagi baby, tak berapa faham lagi. Jadi tak terlalu sukar macam  Aafiyah,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca