MAJLIS konvokesyen sepatutnya menjadi hari yang cukup bersejarah buat seorang ibu apabila melihat kejayaan seorang anak berjaya menamatkan pengajian di menara gading.
Bagaimanapun berlainan pula dengan situasi yang dilalui oleh penyanyi, Datuk Nora Ariffin.
Hari yang sepatutnya diraikan dengan kegembiraan bertukar sebak dan hiba. Beliau mewakili arwah anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan menerima skrol diploma di Majlis Konvoskesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95 baru-baru ini.
Baca juga: 'Niat saya betul-betul kerana ALLAH, tapi lain pula jadinya'- Nora Ariffin
Melalui satu hantaran yang dikongsi di Instagram, Nora seisi keluarga berasa bangga dan gembira dengan pencapaian arwah Alif Johan.
"Ini untuk Alif. Mama tolong ambilkan ya. Alhamdulillah. Tahniah. Moga Alif tenang di sana. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar UiTM FITA dan sahabat-sahabat yang memberi sokongan pada Alif selama hayatnya. Terima kasih UiTM. Moga legasi arwah dapat diteruskan,” tulis Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Wan Ariffin.
Baca juga: Datuk Nora akui makin bahagia, orang sekeliling banyak beri kekuatan
Menerusi video yang dikongsikan laman Facebook Universiti Teknologi Mara, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin berkongsi serba sedikit tentang perihal arwah anaknya itu.
Ujar Nora, ketika hayatnya, Allahyarham banyak membantu beliau mengambil alih dalam bahagian kreatif termasuklah membantu menghasilkan video untuknya.
Setiap hari arwahanak keduanya pasti akan bertanya khabar menerusi WhatsApp tentang keadaan beliau.
"Memang pemergiannya satu kehilangan besar buat keluarga kami. Bagaimanapun saya reda dengan pemergian Alif. ALLAH lebih menyayanginya.
"Selepas pemergian Johan, kami reda dengan pemergian Alif kerana macam mana kami sayang padanya, ALLAH lebih menyayanginya,” jelasnya.
Baca juga: Datuk Nora anjur bacaan doa selamat, Yasin untuk Siti Sarah dan rakan artis diuji Covid-19
Perkongsian Nora menerusi Instagram mendapat respon dalam kalangan warga maya. Ramai yang menzahirkan kegembiraan atas kejayaan Allahyarham dan dalam masa sama berkongsi rasa sayu. Ujar mereka:
-"Sebaknya Allahuakbar. Sesungguhnya kita milik ALLAH SWT. Moga tenang arwah di sisi YANG MAHA ESA.”
-"Bersama-sama di dewan tadi. Semoga arwah di tempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.”
-"Tidak tahu hendak gambarkan macam mana perasaan seorang ibu. Bangga, sedih semua ada. Moga Nora tabah.”
-"Al-Fatihah. Semoga arwah tenang di sana dan di tempatkan di syurga nanti.”
-"Innalillahiwainnalillahirojiun, tahniah Nora atas kejayaan arwah anak. Moga arwah berbahagia di sana. Aamiin Ya Robbulallamiin.”
-"Arwah memang baik sangat dan seorang yang ceria.”
Untuk rekod, arwah Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah ketika berada di rumah.
Dimaklumkan bahawa arwah Alif meninggal dunia kerana faktor genetik.
Baca juga: Sebaknya, ibu meninggal dunia ketika bersalin, bayi 4 bulan naik pentas terima ijazah
Sumber: Datuk Nora Ariffin
Oleh: Norhasliza Mohd Shafi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi