Shopee Football Fiesta 2022, Lazada Gila Bola memang berbaloi, rebut peluang menang ganjaran lumayan

Iklan
shopee lazada piala dunia

PIALA Dunia 2022 Qatar dimeriahkan lagi dengan pelbagai kempen jualan menarik yang ditawarkan Shopee dan Lazada.

Nampaknya Shopee tidak melepaskan peluang untuk menarik perhatian kaki bola untuk menyertai peraduan lumayan.

Iklan
Iklan

Penganjuran Shopee Football Fiesta 2022 yang berlangsung hingga 18 Disember ini menjanjikan habuan berupa peranti pintar jenama vivo.

Pilihan laku keras yang disenaraikan adalah vivo T1 5G dan vivo T1X yang dijual pada harga lebih memikat kerana diskaun hingga 94 peratus diberikan.

Iklan

Semakin banyak anda membeli-belah di kedai rasmi vivo, semakin tinggi peluang untuk memenangi hadiah bernilai RM5,000. Item yang ditawarkan memang wow!

Lagi satu, tawaran Shopee Gila Bola Sepak bersama lebih 1 juta syiling Shopee memang rugi kalau dilepaskan begitu sahaja.

Iklan

Apa yang menarik? Nah! Selain diskaun kaw kaw hingga 60 peratus, Shopee Football Fiesta 2022 juga menyediakan hadiah bernilai RM5,000.

Kempen tersebut turut diselitkan dengan Peraduan Teka dan Menang yang mana kaki shopping perlu menjawab kuiz mudah yang dipaparkan melalui aplikasi Shopee.

Lengkapkan tasks yang diberikan setiap hari untuk mendapatkan poin bagi menebus tiket emas yang menanti.

Baca juga Bukan sekadar sebiji bola, Adidas bangunkan teknologi Al-Rihla sempena Piala Dunia 2022 Qatar

Ini kerana lebih banyak tiket emas diperolehi, peluang kalian memenangi 1 juta syiling Shopee semakin cerah.

Jenama terkemuka seperti Corvan, Al-Ikhsan, Depi dan Sakura TV turut merancakkan Shopee Football Fiesta 2022 dengan penebusan 50 peratus pulangan tunai.

Lagi menarik, Shopee Sportware Deals melibatkan jenama Diadora, Adidas, MMC, HappyPal, Boxy dan Abaro memang berbaloi untuk dibeli.

LAZADA GILA BOLA

Lazada juga tidak ketinggalan menawarkan baucar penghantaran percuma kepada kaki shopping untuk pembelian minimum RM60.

Percaya atau tidak, bukan setakat merchandise bola sahaja ditawarkan, malah jenama perkakas elektrik terkemuka pun ambil bahagian dalam kempen kali ini.

Antaranya Hisense menyediakan barisan produk terbaik seperti peti ais, pendingin hawa, televisyen dan banyak lagi.

Buat pembelian sekurang-kurangnya RM1,999 untuk mana-mana barangan elektrik Hisense dan memenangi hadiah berupa siri televisyen pintar UHD 4K.

Baca juga Jualan 11.11 Shopee Special kaw kaw, kerusi urut Ogawa dijual cuma RM11 sahaja! Memang rugi kalau terlepas

Boleh dikatakan banyak lagi item menarik ditawarkan Lazada Gila Bola untuk seksyen fesyen, keperluan dapur dan gajet.

Sebanyak 50 peratus potongan harga diberikan untuk label terpilih sempena Lazada Elektronics Gila Deals.

Rambang mata dibuatnya apabila semua barangan tersebut lebih jimat dan menguntungkan.

Jadi apa tunggu lagi? Sama ada Shopee atau Lazada yang menawarkan promosi terbaik, ikutlah selera masing-masing.

Paling penting, setiap barangan yang dibeli jauh lebih murah dan kalian pun dapat berjimat-cermat.

Sambil menonton perlawanan bola sepak yang menjadi tumpuan dunia itu, jangan lupa untuk 'usha' item idaman sementara stok masih ada.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi