SEMPENA 11.11 Shopee Special, Ogawa menawarkan tawaran kaw kaw apabila mesin urut, OGAWA Smart Vogue Prime Massage Chair bernilai RM14,299 dijual hanya pada RM11 sahaja.

Macam susah nak percaya dan macam tak masuk akal kan? Pun demikian, ada kena alert kerana tawaran terhad itu hanya berlangsung selama dua jam bermula 12 tengah malam hingga 2 pagi pada 11 November ini.

Untuk OGAWA Smart Vogue Prime Massage Chair tersebut, hanya tiga unit ditawarkan untuk anda yang pantas.

11.11 Shopee Special

Caranya mudah, hanya chup dan simpan dalam troli online dan buat pembayaran pada tempoh yang ditetapkan.

Jika terlepas peluang untuk membeli kerusi urut berkenaan, jangan bimbang kerana terdapat dua lagi mesin yang boleh direbut seperti iMelody Massage Chair dan Smart Galaxia Massage Chair.

11.11 Shopee Special

Tawaran diskaun bermula 62 hingga 72 peratus menanti kalian yang sedang mencari mesin urut untuk kegunaan diri sendiri atau dihadiahkan kepada insan tersayang.

Tidak hanya kerusi urut viral yang dijual, banyak lagi perkakas elektrik lain yang menjadi tumpuan ramai. Antaranya seperti Activo Trek Pro T7.2 Lite Treadmill.

11.11 Shopee Special

Mesti ramai tidak percaya apabila harga ditawarkan hanya RM1,111 sahaja berbanding nilai asal, RM3,999.

Memang berbaloi ditambah dengan baucar tunai ditawarkan kedai Ogawa, semua itu membuatkan pembelian lagi menjimatkan.

Macam biasa, kos penghantaran percuma.

11.11 Shopee Special

Satu lagi, jangan lepaskan peluang untuk memenangi Peraduan Spend & Win dengan tawaran hadiah utama berupa telefon pintar Samsung Galaxy Ultra S22.

Kita sedia maklum, setiap bulan pada tarikh tertentu, Shopee tidak akan melepaskan peluang untuk menawarkan diskaun luar biasa buat kaki shopping.

11.11 Shopee Special

Justeru pada Jumaat ini, pelbagai kempen jualan menarik ditawarkan seharian buat kalian yang sedang mencari item idaman pada harga murah.

Sakura LED Digital TV HD, misalnya memang perlu dibawa pulang kerana televisyen bersaiz 33 inci itu ditawarkan pada harga RM11 sahaja.

Baca juga Shopee Market Fashion memang berbaloi pada harga tak masuk akal. Bar emas Habib pun ada diskaun menarik

11.11 Shopee Special

Iklan

Apa yang menarik mengenai Sakura LED Digital TV HD? Ini serba sedikit perincian:

i) Waranti diberikan selama 12 bulan.
ii) Resolusi HD 1680 x 1050 piksel.
iii) Memiliki sambungan HDMI, USB, AV dan VGA.
iv) Dilengkapi sistem penjimatan tenaga pintar.

11.11 Shopee Special

Satu lagi produk yang mencuri tumpuan, Giselle Mini Rice Cooker yang dijual pada harga RM11 sahaja selepas nilai sebenar, RM99.

Periuk nasi dengan fungsi pot antilekat dan pengukus itu berupaya untuk memasak sajian ringkas dengan mudah.

Bukan sahaja digunakan untuk memasak nasi, kalian juga boleh menggunakan Giselle Mini Rice Cooker memasak bubur, mi, sup atau stimbot pada ruang yang terhad.

Iklan

Baca juga Tawaran kaw kaw sempena jualan 10.10! Sertai Peraduan Spin & Win Shopee Mall Super Brand Day Dessini

11.11 Shopee Special

Lima pilihan rona yang cantik dan paling penting, waranti selama setahun diberikan untuk kualiti yang lebih baik.

Menarik bukan? Bagi mereka yang sedang mencari perkakas elektrik pada harga bajet, bolehlah cepat-cepat usha item yang ditawarkan sebelum kehabisan stok.

11.11 Shopee Special

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi