Mahu lawan kedutan, sinaran dan sentiasa kelihatan awet muda, FILORGA Global-Repair Baume tampil membantu
JENAMA berprestij dari Perancis, FILORGA memperkenalkan satu lagi inovasi baharu mereka, FILORGA Global-Repair Baume baru-baru ini.
Produk berkenaan menggabungkan bahan aktif botani yang bertindak sebagai agen terhadap 10 petanda penuaan bagi.
Antaranya seperti keteguhan, keanjalan, sinaran, kedutan, kontur muka dan lain-lain.
Jenama berkenaan dalam satu kenyataan menyebut, tiga nutrien penting iaitu seramida, omega dan vitamin dalam FILORGA Global-Repair Baume turut dipertingkatkan.
BACA LAGI: ageLOC LumiSpa iO peranti dwitindakan lebih berhasil membuatkan kulit wajah lebih menawan
"Trio nutrien itu antara lain membantu memulihkan kelembutan dan kecergasan kulit, meningkatkan pembaharuan sel, mencergaskan kulit,” kata label berkenaan sambil menambah, super vitamin E, A, D dan K yang terkandung dalam produk itu berupaya meningkatkan pertahanan kulit.
Sebagai tambah nilai, FILORGA telah menggunakan salah satu khazanah alam semula jadi yang digunakan dalam kosmetik iaitu minyak botani.
"Melalui proses pengeluaran yang unik, penyelidikan FILORGA telah berjaya menggabungkan jumlah minyak botani berharga yang tepat untuk menyuburkan dan mencergaskan kulit jauh ke dalam dengan mentega bukan oklusif 100 peratus asli yang kaya dengan asid lemak tepu.
"Campuran bahan ultra aktif semula jadi yang direka khas untuk kulit yang tidak bermaya untuk menguatkan penghalang kulit, menyelubungi kulit dalam lapisan pelindung dan mengekalkan tahap penghidratan optimum,” kata jenama itu lagi.
BACA LAGI: Ayah disangka kekasih gara-gara nampak stailo, awet muda, perkongsian lucu gadis ini raih perhatian
Untuk mengetahui ritual eksklusif penggunaan FILORGA Global-Repair Baume layari:
Laman web: www.filorga.com
Facebook: @laboratoires.filorga
Instagram: @filorga_sea
Lazada Flagship: https://www.lazada.my/shop/filorga/