Ibu dakap, kucup bayi tidak bernyawa, meninggal dalam bas ekspres, tidak sempat pergi hospital

Iklan
bayi meninggal dalam bas (1)

TIDAK dapat digambarkan bagaimana pilunya hati seorang ibu apabila terpaksa ‘berpisah’ buat selamanya dengan anak yang disayangi. Lebih mengharukan anak yang didakap penuh kasih sayang, pergi tanpa disedari seolah-olah lena diulit mimpi indah.

Baru-baru ini tular satu video di laman Facebook, seorang wanita memeluk erat bayinya yang dikhabarkan sudah meninggal dunia. Si ibu kelihatan tenang namun mungkin di dalam hatinya, sedang menahan kesedihan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Iklan
Iklan

Ketika kejadian berlaku, bas yang dinaiki berhenti rehat di Jelukong Rest Stop dan pada saat itulah si ibu menyedari anaknya sudah tidak lagi bernafas.

Iklan

Iklan

Seorang ketua rumah panjang yang kebetulan berada di situ menawarkan untuk membawa mereka ke pusat perubatan Betong. Beliau turut memberikan RM300 kepada wanita itu untuk perjalanan pulang ke rumah.

Video yang dimuat naik oleh Alan Tang dan Jessa Bandang di laman Facebook itu mendapat pelbagai respons daripada warga maya. Ramai yang bersimpati dan tumpang bersedih dengan keadaan yang menimpa si ibu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengucapkan takziah di samping memberi kata-kata nasihat serta doa agar si ibu tabah menghdapi kehilangan bayinya itu.

Berikut antara komen-komen warga maya:

-"Semoga Tuhan beri ketabahan dan hati yang kuat buat si ibu.”

-"Semoga ibu bapa bayi ini tabah.”

-"Sedih. Syurga tempatmu wahai anak.”

-"Semoga Tuhan memberikan kekuatan dan ketabahan pada keluarga ini.”

-"Takziah. Satu yang pasti anak ini penghuni kekal dalam syurga.”

INFO TENTANG KEMATIAN BAYI SECARA MENGEJUT

- Sindrom kematian bayi mendadak (SIDS) ialah kematian yang tidak dapat dijelaskan pada kanak-kanak kurang daripada satu tahun.

- SIDS biasanya berlaku semasa tidur.

- Keadaan otak yang tidak normal merupakan penyebab utama otak bayi tidak dapat berkembang sepenuhnya lalu mengakibatkannya tidak mampu mengawal pernafasan ketika sedang tidur.

Baca juga: Tidur sekatil, bayi bawah 12 bulan boleh mati mengejut, doktor kongsi 8 info mak-mak perlu tahu

- Kelahiran bayi kurang berat badan, bayi pramatang dan kelahiran kembar juga merupakan antara punca utama berlakunya SIDS.

- Kebanyakan bayi yang meninggal dunia akibat SIDS mungkin sebenarnya mengalami selesema pada masa kematiannya. Masalah pernafasan mungkin disebabkan oleh jangkitan pernafasan seperti selsema.

- Bayi lelaki lebih berisiko diserang SIDS.

- Bayi yang berumur dua atau tiga bulan berisiko meninggal akibat SIDS.

Sumber: Alan Tang, Jessa Bandang

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.