TIDUR sekatil dengan bayi, mungkin ramai dalam kalangan ibu bapa atau penjaga melakukannya kerana ia memudahkan memantau si kecil. Namun tahukah anda ia boleh meningkatkan risiko bayi mati mengejut atau Sudden Infant Death Syndrome (SIDS)?

Bayi adalah insan kecil yang memerlukan penjagaan rapi dan pemantauan daripada ibu bapa dan penjaga sementelah mereka masih tidak berupaya menguruskan diri sendiri. Justeru bagi memudahkan pelbagai urusan, ibu bapa dan penjaga memilih untuk tidur sekatil dengan bayi mereka.

Baca juga: Ibu ayah yang ada bayi wajib ambil tahu Sudden Infant Death Syndrome

Kredit foto: Pexels

Memanglah memudahkan namun ibu ayah dan pengasuh perlu memikirkan kembali keputusan membawa bayi tidur sekatil jika tidak mahu si kecil terdedah risiko SIDS. Perkongsian daripada Pakar Pediatrik, Dr Redza Zainol ini wajar diberikan perhatian.

“Orang dewasa boleh meninggal dalam tidur, bayi kecil pun sama. Mereka juga boleh meninggal dunia ketika tidur.

“Inilah kematian bayi secara mengejut atau Sudden Infant Death Syndrome. Kematian mengejut pada bayi berumur bawah setahun secara tiba-tiba tanpa tanda-tanda tertentu seperti penyakit atau sebab yang jelas.

“Bayi lelaki dan bayi pramatang (bayi lahir bawah 37 minggu), lebih tinggi risiko untuk dapat SIDS. Bayangkan, apabila kita kejutkan bayi, si kecil sudah tidak bangun-bangun,” kongsinya.

Dr Redza kejadian SIDS menurun kepada lima kes dalam setiap 10,000 pada tahun 1992 selepas American Academy of Paediatrics menyarankan agar bayi tidak ditidurkan dalam posisi meniarap.

Baca juga: ‘Rehatlah sayang’ -Ibu reda anak ditunggu 4 tahun ‘pergi’, catatannya menyentuh hati warganet

Kredit foto: Pexels

Beliau turut berkongsi cara untuk mencegah SIDS yang perlu dipraktikkan oleh para ibu bapa dan penjaga bayi :

1. Meletakkan bayi dalam posisi menelentang di atas tilam semasa tidur. Boleh juga kalau bayi nak tidur mengiring atau meniarap sekejap, cuma ia mesti dipantau rapi oleh penjaga.

2. Menggunakan tilam yang leper dan padat
Tilam yang bagus akan membuatkan bayi tidak tenggelam ke dalam apabila diletakkan atas tilam.

3.Mainan lembut (soft toys) seperti patung binatang dan bantal tebal tidak digalak diletakkan berdekatan bayi yang sedang tidur. Ia boleh jatuh dan menutup hidung bayi.

4. Elakkan tidur bersama bayi
Dicadangkan agar bayi tidur di atas tilamnya sendiri atau di dalam katil bayi (baby cot). Ada kes ibu bapa tidur bersama bayi dan menghempap bayi.

Baca juga: Kanak-kanak 2 tahun maut terjatuh kerusi bayi, berikut 10 info kronologi kejadian

Kredit foto: Pexels

5. Jangan merokok berdekatan bayi.
Bayi yang menghidu asap rokok lebih berisiko untuk mengalami SIDS.

7. Teruskan penyusuan susu ibu. Bayi yang menyusu susu ibu mempunyai risiko SIDS lebih rendah.

8. Elak bedung terlalu tebal
Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan tidak membalut tubuh bayi atau membedung dengan fabrik tebal. Keadaan bayi yang terlalu panas boleh menambah risiko SIDS malah selimut tebal juga boleh menutup muka bayi sewaktu mereka tidur.

Iklan

Dr Redza juga menolak pendapat yang mengatakan tidur dalam posisi meniarap mempengaruhi dengan tahap intelek bayi.

“Mitos yang mengatakan bayi jadi lagi pandai kalau tidur meniarap tidak betul, tolong abaikan. Banyak lagi cara lain untuk buat anak jadi pandai,” kongsinya.

Lima tip bantu bayi tidur

Anda boleh menidurkan bayi dengan mudah dengan menggunakan tip berikut:

1-Hindari rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin.

2-Pastikan bilik adalah selesa dan senyap. Gelapkan pencahayaan bilik apabila tiba waktu tidur.

3-Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialihkan ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.

Iklan

4-Memainkan muzik yang berirama perlahan apabila tiba waktu tidur. Ia juga boleh membantu membentuk jadual tidur bayi yang berkala.

Baca juga: Bayi 8 bulan di ambang maut, tertelan pengetip kuku 15 cm dalam kerongkong

Sumber: Dr Redza Zainol, MyHealth
Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi