KALAU namanya Che Ta, apa sahaja yang dilakukan, pasti menjadi tumpuan, lebih-lebih lagi bab berpakaian.
Selebriti jelita itu memang sentiasa melaram sakan sehingga menjadi bualan warga maya.
Terbaharu, pemilik nama sebenar Rozita Che Wan bersama ahli keluarganya dilihat sedang menghabiskan masa dengan bercuti di Bali, Indonesia.
Pemergian anak kelahiran negeri Kedah itu turut ditemani ketiga-tiga anaknya iaitu Ammar Affendy, Aniq Ezzra dan Aaisyah Dhia Rana.
Di sebalik keindahan tempat yang dikunjungi mereka sekeluarga, beliau berkongsi akan kepayahan yang terpaksa dilalui sebelum sampai ke lokasi pelancongan terkenal iaitu di Nusa Penida.
"Ramai yang cakap datang ke Bali harus kena pergi Nusa Penida. Macam nak putus nyawa. Jauh betul.
"Menurut pemandu, naik bot dua jam dan kereta 40 minit, tetapi rasa macam empat jam dalam kereta. Dengan jalan berombak ketika dalam kereta. Sudah sampai kena berjalan kaki pula lagi. Terasa lidah sampai ke lantai. Namun, selepas ambil gambar, rasa berbaloi pula," kongsinya menerusi kapsyennya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur dengan kapsyen yang dimuat naik isteri kesayangan Zain Saidin itu. Berikut beberapa lontaran komen yang dikongsikan:
"Kelas Cha Ta. Cantik baju walau di mana berada."
"Nak tergelak baca kapsyen bab lidah tu."
"Nasib baik Che Ta cerita. Orang lain pergi tak pernah cerita. Semua kongsi gambar dan kapsyen yang best je."
"Hanya Che Ta seorang yang pakai macam ni pergi Nusa Penida. Trademark betul."
"Tak pernah tak segak."
"Lidah dah sampai lantai tu yang kelakar tu Che Ta."
Serentak dengan itu, Che Ta turut berkongsi foto bersama anak perempuannya, Aaisyah yang tampil sedondon dalam busana berwarna merah jambu.
Pun begitu, ada yang menyifatkan pakaian yang digayakan oleh anak perempuannya itu tidak sesuai untuk digayakan oleh kanak-kanak yang berusia lapan tahun kerana terlalu seksi.
Setakat artikel ini ditulis,beliau masih belum memberikan sebarang maklum balas terhadap komen tersebut.
Sumber: Instagram @rozitachewan1
Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.