KANAK-kanak dan bayi lemas sering kali menjadi tajuk di dada-dada akhbar akhir-akhir ini. Sementelah musim banjir dan cuti sekolah, kedua-dua situasi mendedahkan si kecil kepada kemalangan air.
Penting bagi ibu bapa mengetahui pertolongan cemas bagi menyelamatkan nyawa orang di sekeliling sekali gus mengelakkan kemalangan jiwa.
Baca juga: Anak lemas musim banjir, 4 langkah ini boleh selamatkan nyawa, pentingnya tahu CPR
[caption id="attachment_101735" width="800"] Kredit foto: Pexels[/caption]
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan menyarankan empat langkah dilakukan ketika berhadapan situasi cemas.
[caption id="attachment_101733" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]
Justeru apakah perlu dilakukan jika terlihat ada mangsa yang sedang kelemasan di dalam air? Berikut empat langkah perlu dilakukan:
1-Nilai tahap bahaya
Perkara pertama yang anda harus lakukan sebelum membantu adalah menilai tahap bahaya. Nilaikan sama ada keadaan selamat untuk anda masuk ke dalam air dan anda mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk membantu.
Jika keadaan air tidak selamat, atau anda tidak mahir berenang dan menyelamat, maka segera dapatkan bantuan segera.
Boleh menghubungi talian 999 untuk dapatkan panduan dan bantuan kecemasan dari anggota terlatih.
Sementara menunggu, cuba untuk mencapai mangsa dari tempat yang selamat seperti bot atau pantai. Jika anda tidak dapat mencapainya, lemparkan alat pelampung atau tali untuk membantu mangsa tetap terapung.
Baca juga: Bermain dengan kakak di anjung rumah, bayi 15 bulan lemas banjir, 7 info kronologi kejadian
2-Periksa pernafasan
Setelah mangsa dikeluarkan dari air dan mendapati mereka tidak sedarkan diri, dongakkan kepala mangsa.
Periksa mulut dan salur pernafasan dan gunakan jari untuk mengeluarkan sebarang objek pepejal yang menyekat saluran pernafasan.
Palingkan wajah mangsa ke posisi mengiring untuk mengeluarkan cecair yang berkemungkinan berada di dalam mulut dan salur pernafasan.
Perhatikan selama 10 saat, jika mangsa tidak bernafas, mulakan prosedur Cardiopulmonary resuscitation (CPR) dengan segera.
Jika anda tidak terlatih dalam melakukan prosedur CPR, cuba dapatkan sesiapa yang terlatih atau menghubungi talian 999 untuk dapatkan panduan bantuan kecemasan dan CPR daripada anggota terlatih melalui telefon.
[caption id="attachment_101734" width="800"] Kredit foto: Pexels[/caption]
3-Prosedur CPR mangsa lemas
Prosedur CPR adalah lebih berkesan dan selamat jika ia dilaksanakan oleh individu terlatih. Prosedur ini boleh menyebabkan kecederaan pada pelaksana dan mangsa jika dilakukan menggunakan teknik yang salah.
Berikut adalah ringkasan prosedur CPR:
-Berikan tekanan dada selaju 100 tekanan/minit.
-Kedalaman tekanan dada hendaklah lebih lima sentimeter (cm).
-Setiap 30 tekanan dada, buat dua pernafasan mulut-ke-mulut/ Bag Valve Mask (nisbah 30:2)
-Setiap pernafasan, hendaklah sekitar satu saat.
-Setelah CPR dua minit periksa nafas dan nadi.
-Sambung CPR jika masih tiada nafas atau nadi.
-CPR sehingga bantuan tiba atau pesakit bernafas.
Andai anda tidak berhasrat untuk melakukan pernafasan mulut-ke-mulut, langkau sahaja langkah ini. Hanya teruskan tekanan dada. Jika anda kepenatan, minta bantuan orang lain untuk menyambung prosedur CPR.
Baca juga: Berani, prihatin! Pantas sambar sampan selamat kanak-kanak hampir lemas, 10 info Muhammad Zulfikal
4-Pantau mangsa selepas CPR
Selepas mangsa boleh bernafas sendiri, letak mangsa pada posisi mengiring ke kiri. Pantau pernafasannya sehingga sedar.
Jika mangsa berhenti bernafas semula, kembali lakukan prosedur CPR.
Mangsa yang telah berjaya diselamatkan perlu diselimutkan tubuhnya untuk mengelakkanhipotermia (suhu badan terlalu rendah). Mangsa juga perlu ditenangkan, diberi ruang dan tidak terlalu diganggu.
Tunggu sehingga ambulans atau petugas kesihatan tiba.
Mangsa lemas perlu diperiksa oleh doktor walaupun telah sedar dan bernafas sendiri. Hal ini kerana mangsa lemas boleh mengalami beberapa komplikasi. Pemeriksaan lanjut diperlukan.
Dalam pada itu, Dr. Kamarul Ariffin menggalakkan orang ramai mengikut kursus asas CPR kerana ia boleh menyelamatkan nyawa pada waktu kecemasan.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Bapa kaku lihat jasad anak 3 tahun lemas, ditemui lepas solat hajat, ini kronologi kejadian
Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi