USIANYA baharu mencecah 14 tahun namun memiliki jiwa yang besar kerana sanggup menongkah ombak yang ganas demi menyelamatkan kanak-kanak nyaris lemas.

Tanpa enjin, hanya menggunakan pendayung, Muhammad Zulfikal Asmadi tekad menongkah arus deras demi menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak perempuan yang hampir lemas di Pantai Penunjuk, Kijal, Terengganu baru-baru ini.

Video yang memaparkan tindakan pantas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal itu tular di laman sosial meraih pujian netizen.

Baca juga: Kasih anak! Lemas ketika cuba selamatkan ibu

Baca juga: Bapa kaku lihat jasad anak 3 tahun lemas, ditemui lepas solat hajat, ini kronologi kejadian

-“Terbaik keberanian adik ini, berperikemanusiaan dan prihatin.”

-“Tidak mudah panik, adik ini berpotensi jadi pegawai bomba dan penyelamat.”

-“Anak muda yang hebat. Tahniah dik.”

-“Alhamdulillah. Semoga dikurniakan ganjaran pahala yang besar atas usaha yang dilakukan. Semoga bahagia hidup didunia dan akhirat. Jadi anak soleh.”

-“Patut diberi penghargaan yang sesuai sebagai contoh teladan kepada orang lain.”

Baca juga: Bersiap ke PPS budak 2 tahun tak disedari hilang, terapung 20 meter dari rumah ibu saudara, ini kronologi menyayat hati

Hebat tindakan spontan anak muda ini. Berbekalkan kemahiran yang ada, beliau tidak berfikir panjang, sanggup bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa orang lain. Berikut 10 info menarik mengenainya:

1-Muhammad Zulfikal bin Asmadi berusia 14 tahun merupakan penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal.

2-Anak sulung daripada empat adik-beradik itu telah berjaya menyelamat seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang nyaris lemas.

3-Ketika kejadian, Muhammad Zulfikal yang kebetulan berada di pantai telah melihat seorang kanak-kanak yang terkapai – kapai meminta pertolongan.

4-“Sebaik tahu ada mangsa lemas, saya dan penduduk bergegas ke pantai. Dari jauh saya nampak budak perempuan itu tenggelam timbul beberapa kali. Dalam situasi cemas itu saya hanya fikir satu sahaja iaitu ingin menyelamatkan nyawa dia.

5-“Pada mulanya, saya nekad untuk meredah ombak, namun selepas ternampak perahu yang ditinggalkan nelayan, saya terus ambil perahu itu dan mendayung mengharungi ombak sejauh 100 meter dari pantai,”katanya.

6-Muhammad Zulfikal mengharungi ombak sejauh 150 meter. Sebaik menghampiri mangsa, beliau meminta kanak-kanak itu berpaut pada perahu sementara mendayung ke persisir pantai.

7-“Disebabkan perahu yang saya gunakan itu bersaiz kecil, saya tidak berani bawa kanak-kanak itu naik ke atas perahu kerana bimbang ia terbalik,” katanya.

Iklan

8-Kemahiran mengendalikan sampan pada usia muda menarik perhatian ramai. Muhammad Zulfikal rupanya sering mengikut bapanya, Asmadi Ripin, 42, yang juga seorang nelayan turun ke laut menangkap ikan sejak berusia 12 tahun.

9-“Saya biasa ikut ayah tangkap ikan dan sering terjun dari bot untuk buang objek yang terlekat pada pukat,” ujarnya.

10-Bapanya Asmadi berkata, dia bersyukur kerana tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku ke atas anaknya dan mangsa lemas berjaya diselamatkan.

Baca juga: Siap sedia, peralihan monsun 3 Oktober hingga November berpotensi banjir, ini info wanita perlu tahu

Baca juga: Terbakar seluruh badan, kulit dada menggelupas dan rambut seperti arang. Ibu ini gadai nyawa selamat 6 anak daripada kebakaran

Sejuk perut ibu mengandung melihatkan anak berbakti kepada orang lain. Ibu Muhammad Zulfikal, Nur Ismidatul Akmal Ismail menitipkan doa agar cahaya matanya menjadi orang yang berjasa dan disenangi.

“Alhamdulillah ALLAH hantarkan anakanda Abang Long selamatkan nyawa mangsa yang hampir lemas petang kelmarin. Terima kasih kepada semua yang PM berikan kata-kata dan doa yang baik untuk untuk Abang Long.

Iklan

Umi doakan semoga Abang Long menjadi anak yang berjasa kepada orang tua, disenangi dan disayangi ramai, amiin,” titipnya.

Hebatnya semangat dan sikap positif Muhammad Zulfikal ini membantu orang lain biarpun tidak dikenali. Ketangkasan dan sifat beraninya wajar dijadikan contoh buat anak muda lain.

Baca juga: #SiBibirMerah: Ibu bapa beringat musim hujan cuti sekolah, elak perairan, cerun berisiko, kawasan banjir

Sumber: Balai Polis Kijal, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi