#SiBibirMerah: 9 hari menyayat hati, mangsa terakhir tanah runtuh Batang Kali ditemui, jasa wira-wira penyelamat tragedi terus dikenang

Iklan
batang kali (1)

SEMBILAN hari yang sangat panjang, tragedi tanah runtuh Batang Kali di Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands pada 16 Disember lalu benar-benar menyayat hati seluruh rakyat Malaysia.

Bibir Merah bersimpati dengan mangsa dan keluarga yang terlibat dalam bencana ini. Kejadian jam 2.42 pagi seramai 92 mangsa terbabit dalam insiden tanah runtuh dengan 31 disahkan maut.

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_101045" width="800"] Misi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilaksanakan oleh anggota penyelamat.[/caption]

 

Iklan

Baca juga: Tanah runtuh 39 meter di Batang Kali hempap 79 mangsa, 2 daripadanya maut, 15 info berkaitan

Iklan

Tragedi runtuhan tanah yang telah meragut puluhan nyawa itu berjaya dinoktahkan dengan penemuan mayat mangsa terakhir iaitu kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di di Sektor A (Hill View) sekali gus menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang membabitkan anggota pelbagai agensi.

Terima kasih tidak terhingga buat wira-wira negara yang terlibat SAR. Anda sebenar-benar hero yang berjuang sedaya upaya mencari mangsa tanpa mengira warna kulit.

Bekerja di tapak bencana bukan mudah. Dalam keadaan cuaca tidak menantu, ada dalam kalangan anggota penyelamat dilaporkan mengalami kecederaan dan tidak sedarkan diri kerana dehidrasi.

Baca juga: 15 foto kawasan perkhemahan sebelum, selepas tragedi tanah runtuh Jalan Genting

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis tidak terkecuali diserang angin ahmar ringan ketika mengendalikan SAR kerana keletihan.

Baca juga: Kronologi tanah runtuh, bomba luah momen pilu temui jasad seorang ibu, 2 anak berpelukan

Tidak lupa Unit Anjing Pengesan (K9) dari pelbagai agensi iaitu Blake dan rakan-rakan yang bertungkus lumus mengesan mangsa. Kemampuan deria bau mereka sangat berkesan 200 kali ganda berbanding dengan deria bau manusia. Justeru tidak hairanlah ia dilatih khas menjadikan kerja-kerja mencari dan menyelamat dengan lebih efisyen seterusnya mengurangkan risiko kemalangan. Terima kasih!

Kepada golongan wanita, Monsun Timur Laut membawa hujan lebat, angin kencang, ombak yang bergelora dan kenaikan paras air.

Justeru elakkan melakukan sebarang aktiviti rekreasi seperti pendakian atau perkhemahan dan menghindari kawasan empangan, gunung, sungai serta pantai.

Baca juga: Tragedi Batang Kali: Boleh kesan mayat tertimbus sedalam 5 meter, mesin pengesan GPR jadi tumpuan dalam misi SAR tanah runtuh

Sebarang aktviti, rancanglah perjalanan terlebih dahulu dengan merujuk ramalan cuaca yang terkini oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Selain itu, berhati-hati mengendalikan peralatan elektrik dan kawal anak-anak pada musim tengkujuh ini. Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan agar fasa mencabar ini berlalu.

Baca juga: #SiBibirMerah: Ibu bapa beringat musim hujan cuti sekolah, elak perairan, cerun berisiko, kawasan banjir

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.