15 foto kawasan perkhemahan sebelum, selepas tragedi tanah runtuh Jalan Genting

[AKAN DIKEMASKINI]

TRAGEDI tanah runtuh di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali mengejutkan negara.

Ketinggian runtuhan yang dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar 3 ekar telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.00 pagi itu, anggaran awal pihak polis mendapati kira-kira 100 orang mangsa terperangkap.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.24 pagi tadi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 3 pagi.

Kini misi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilaksanakan oleh anggota penyelamat yang berkenaan.

Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan pihak bomba dibantu beberapa agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan SMART.

Di sini Sinar Plus kongsikan beberapa foto sebelum dan selepas kejadian di kawasan berkenaan;

Father’s Organic Farm perkhemahan dikelilingi hutan rimba.
Tapak perkemahan Father’s Organic Farm ( FOF Campsite).

Baca juga Tanah runtuh 39 meter di Batang Kali hempap 79 mangsa, 2 daripadanya maut, 15 info berkaitan

Iklan
Tapak perkemahan Father’s Organic Farm ( FOF Campsite). Kawasan perkhemahan yang dikelilingi oleh hutan rimba tersebut adalah tinggi serta menyajikan pemandangan yang cantik dan terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran yang ditanam.
Lokasi kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali.
Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) dan APM Hulu Selangor bersama membantu pasukan keselamatan untuk bersama dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Fathers Organik Farms Gohtong, Batang Kali, hari ini.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Fathers Organik Farms Gohtong, Batang Kali, pagi ini.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Fathers Organik Farms Gohtong, Batang Kali, pagi ini.

Baca juga Taman tema air gergasi atas kapal mewah lonjakkan adrenalin. Genting Dream juga sediakan makanan halal

Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) dan APM Hulu Selangor bersama membantu pasukan keselamatan untuk bersama dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Fathers Organik Farms Gohtong, Batang Kali, hari ini.
Setakat 12.20 tengah hari: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, berkata fokus utama pasukan penyelamat adalah mencari dan menyelamat 23 lagi mangsa dipercayai masih tertimbus. Katanya, setakat ini 11 mangsa disahkan meninggal dunia.
Mangsa cedera dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali, dihantar ke Hospital Selayang, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Kuala Kubu Bharu.
Mangsa cedera dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali, dihantar ke Hospital Selayang, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Kuala Kubu Bharu.

Baca juga [VIDEO] Kereta terbakar di lorong kecemasan tiba-tiba mengundur, turuni bukit di Genting

Misi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilaksanakan oleh anggota penyelamat.
Komander Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) OCPD Daerah Hulu Selangor memberi taklimat kepada 15 agensi yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat.
Sebahagian mangsa yang terselamat dalam kejadian itu.
Kenderaan tertimbus akibat kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa melawat mangsa yang cedera akibat runtuhan di Hospital Sungai Buloh, hari ini. Kredit foto: Fb Dr Zaliha Mustafa

Buat anda kaki camping, glemping, atau hiking berhati-hatilah ketika musim hujan begini.

Iklan

Kredit foto: Bernama, Bomba Selangor, bombaJBPM, APM, Nadma

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.