Anak hilang selera makan, ini 6 bahan ibu wajib guna dalam masakan

Iklan
Long Covid-19

Anak hilang selera makan, ini 6 bahan ibu wajib guna dalam masakan

ANAK hilang selera makan biasanya mengalami masalah kesihatan seperti demam, batuk, selesema dan sebagainya.

Iklan
Iklan

Jika selera makan berkurangan maka mudah untuk berat badan menurun secara mendadak. Nanti hati ibu yang risau melihat anaknya begitu.

Sekiranya anak tak sihat, sediakan makanan yang boleh membekalkan khasiat kepadanya walaupun si manja hilang selera makan.

Iklan

Menurut Dr Mazliana Mazlan, anak yang tidak sihat tetap perlu diberikan makan tetapi bukan memaksa. Kebiasaanya, anak akan menerima menu yang mereka sudah biasa sahaja.

"Jadi tambahkan enam bahan ini dalam masakan. Saya akan letak bahan-bahan ini dalam masakan, kalau anak tak sihat. Demam. Batuk. Selesema. Cirit-birit. Apa-apa sahaja sakit jangka masa pendek, saya akan banyakkan bahan dalam gambar untuk makanan anak.

Iklan

"Reneh lama, biar anak hirup sup atau singgang yang ada bahan macam ini. Kita nampak macam penyedap masakan sahaja. Tapi sebenarnya, sangat tinggi dengan khasiat semula jadi yang boleh bantu penyembuhan anak-anak, dengan izinNya," kongsinya di Facebook.

1. Lengkuas [Beli di sini]

Lengkuas ada galangil dan alpine.

Ada kandungan antioksida galangil dan alpine, buatkan lengkuas jadi immune booster untuk anak.

Baca juga Perlukah suplemen untuk anak-anak? Ibu wajib kena tahu ini

2. Kunyit [Beli di sini]

Ada curcumin, anti inflamasi yang bantu kurangkan radang dalam badan anak.

3. Halia [Beli di sini]

Ada gingerol, sebagai anti inflamasi dan antioksida yang sangat bagus untuk penyembuhan anak.

4. Serai [Beli di sini]

Serai sebagai antibakteria.

Serai boleh bantu kurangkan pembiakan beberapa jenis bakteria dan kulat. Juga boleh kurangkan rasa sakit, bengkak dan demam. Power kan.

5. Bawang merah, bawang besar, bawang holland [Beli di sini]

Bawang besar ada flavanol, quercetin dan kaempferol.

Bawang holland pun sama ada flavanol, quercetin dan kaempferol.

Sama juga bawang merah ada flavanols, quercetin dan kaempferol.

Ada flavanols, quercetin dan kaempferol, sebagai antibakteria dan antimicrob yang akan bantu melawan jangkitan kuman.

6. Bawang putih [Beli di sini]

Ada allicin, bantu bantutkan perkembangan bakteria dan virus yang membiak dalam badan.

Baca juga Anak lemas musim banjir, 4 langkah ini boleh selamatkan nyawa, pentingnya tahu CPR

Hebat kan semua bahan semulajadi yang Allah cipta ini. Cuma kita sahaja suka terlepas pandang. Padahal semua barang makanan ini, ada sahaja sentiasa kat dapur kita.

Kalau banyak makanan sihat kat dapur, sebenarnya dah jadi rupa farmasi dapur kita kan. Anak-anak pun insyaAllah akan kurang nak dapat sakit. Atau bila sakit pun, insyaALLAH, ALLAH izin cepat sembuh jika kita jaga kualiti makanan anak.

Kita cuba sama-sama. Sedikit demi sedikit kita ubah untuk farmasikan dapur kita.

Tak dapat buat semua, kita buat satu dua sahaja dulu. Pelan-pelan kayuh. Tak ada siapa yang cepat, tak ada siapa yang lambat. Yang penting dapur kita sekarang, lebih baik dari tahun lepas, insyaAllah.

Sumber dan foto: Facebook Mazliana Mazlan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.