Perlukah suplemen untuk anak-anak? Ibu wajib kena tahu ini
PERLUKAH suplemen diberikan kepada golongan kanak-kanak? Adakah ia membantu tumbesaran mereka sebaiknya?
Suplemen ialah makanan tambahan berbentuk sama ada pil, kapsul, gel lembut, susu, serbuk, tepung dan cecair.
Ia terdiri sama ada dari sejenis vitamin sahaja atau yang digabungkan bersama. Pemakanan sihat mengandungi makronutrisi dan mikronutrisi.
Makronutrisi ialah khasiat yang memberikan tenaga dan kalori kepada badan, ia diperlukan dalam jumlah yang besar untuk setiap hidangan yang kita makan. Contoh makronutrisi ialah karbohidrat, protein dan lemak.
Kita sering terbaca di iklan TV dan media sosial tentang kebaikan suplemen tertentu untuk anak-anak.
Info yang diberikan tidaklah salah, tetapi seharusnya anak-anak kita harus mendapat semua nutrien, sama ada vitamin, mineral dan antioksida dari makanan yang mereka makan.
Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad, seharusnya fokus kita adalah menggalakkan kita memberikan makanan yang bernutrisi, bukannya memberikan anak-anak kita suplemen yang dijual.
Dengan mengambil makanan bernutrisi, tubuh anak-anak kita mendapat nutrisi dari sumber yang semula jadi dengan lebih lengkap.
American Academy of Pediatrics (AAP) dan United States Department of Agriculture Dietary Guidelines tidak menggalakkan suplemen untuk kanak-kanak tetapi menggalakkan pengambilan makanan yang seimbang.
Baca juga Anak lemas musim banjir, 4 langkah ini boleh selamatkan nyawa, pentingnya tahu CPR
Mereka mencadangkan pengambilan pelbagai sumber makanan dari buah-buahan, sayuran, biji-bijian, produk susu, telur dan minyak sihat seperti minyak zaitun untuk mendapatkan nutrisi yang cukup.
Oleh itu, anak-anak kita yang mengambil makanan seimbang, tidak memerlukan sebarang suplemen.
Namun kita lebih mengetahui corak pemakanan anak-anak kita. Ramai anak-anak yang tidak suka makan sayur dan buah, tidak mengambil telur dan ikan dan hanya mengambil ayam sahaja.
Sudah tentu corak pemakanan begini adalah pemakanan yang tidak sihat. Mereka tidak mendapat nutrien yang cukup dari makanan yang mereka makan.
Bagi anak-anak yang begini, terutama yang mempunyai masalah di bawah, boleh mendapatkan suplemen dalam bentuk vitamin, mineral dan antioksida yang dijual di pasaran.
1. Anak yang lebih suka makan secara 'vegetarian' akibat pengaruh ibu bapa
Kanak-kanak tidak memilih corak pemakanan begini, tetapi mereka akan makan apa yang dihidangkan oleh ibu bapa mereka. Kanak-kanak yang menjalani diet 'vegetarian' atau vegan yang ketat, selalunya mengalami kekurangan vitamin B12. Vitamin ini banyak didapati dari secara semula jadi dari daging merah dan daging putih.
2. Memiliki penyakit tertentu
Kanak-kanak yang mengalami masalah penghadaman seperti 'celiac disease' atau radang usus mungkin mengalami kesulitan dalam menyerap beberapa vitamin dan mineral, terutama zat besi, zinc, dan vitamin D.
Penyakit cystic fibrosis, juga menyebabkan masalah penyerapan lemak. Secara tidak langsung akan mengalami masalah kekurangan vitamin A, D, E, dan K yang larut dalam lemak.
3. Pernah menjalani pembedahan
Kanak-kanak yang pernah menjalani pembedahan (terutamanya pembedahan bahagian usus dan perut) mengalami masalah menyerapan nutrient dari mereka makan. Mereka memerlukan nutrien dari suplemen bagi memudahkan penyerapan nutrein.
Baca juga Risau anak meragam sewaktu berada dalam kapal terbang? Ini 7 tip yang mak ayah boleh lakukan
4. Anak yang memilih makanan (Picky Eater)
Kanak-kanak yang terlalu memilih makanan selalunya mengalami masalah kekurangan mikronutrien. Oleh itu jika anak-anak kita mengalami masalah ini, mungkin memerlukan suplemen bergantung kepada keperluan mereka.
Sebelum memilih suplemen untuk anak, sebaiknya kita mendapatkan penjelasan atau konsultasi dari doktor yang merawat anak kita dulu. Antara suplemen yang dicadangkan adalah;
1. Multivitamin
2. Vitamin D
3. Probiotik
4. Minyak ikan (Omega 3)
Ada lagi banyak lagi suplemen yang mungkin diberikan pada anak-anak kita.
Yang penting kita faham suplemen bukanlah utama untuk anak-anak. Pemberian suplemen haruslah mengikut keperluan kesihatan anak.
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang