Penting sarung pakaian dalam yang elok, ini wanita kena ambil cakna

Iklan
wanita

PENTING untuk wanita mengambil berat berkenaan perihal pakaian dalam yang disarung setiap hari.

Buat wanita, pakaian dalam bukanlah hanya sebagai pakaian asas harian. Ia adalah penyokong utama dalam memberikan keselesaan selain dapat menyerlahkan sisi diri yang lebih seksi.

Iklan
Iklan

Walau bagaimanapun, mendapatkan pakaian dalam yang sempurna bukanlah sesuatu yang mudah.

Pelbagai aspek perlu diambil kira termasuklah pemilihan material, tahap keselesaan dan juga sokongan yang cukup penting.

Iklan

Malah, menurut pempengaruh media sosial Dzuriasikim Dzulkefli, pemakaian pakaian dalam yang elok sangat penting.

"Barang kali ada yang merasakan hal ini tidak penting. Tetapi saya sangat berpegang kepada pesanan arwah ibu saya tentang pakaian dalam wanita. Jadi saya juga mengajarkan hal yang serupa buat anak-anak saya," ujarnya.

Iklan

Baca juga Wanita jika ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, jangan pakai abaya warna terang, sarat hiasan

[caption id="attachment_89180" width="800"] Gambar fail.[/caption]

6. Bra yang baik, mungkin agak mahal sedikit harganya. Ia adalah bersesuaian dengan fungsi bra itu sendiri. Namun bra begini juga tidak akan mudah rosak.

7. Jangan segan untuk bertanya kepada 'promoter' cara untuk memakai bra atau coli dengan betul. Pastikan anda memakai bra dengan cara yang betul ya. Ajarkan hal yang sama kepada anak-anak perempuan anda.

8. Anda boleh buat carian di YouTube juga untuk melihat cara pemakaian coli dengan betul. Ia mudah. Hanya perlu dipraktikkan dan dijadikan amalan sahaja. Banyak wanita memakai bra sekadar memakai sahaja dan tidak dengan teknik yang betul.

9. Mulai hari ini, saya harap sahabat wanita tidak memandang remeh lagi tentang pakaian dalam anda ya. Saya tahu, terlalu banyak perbelanjaan lain yang kaum ibu rasakan lebih perlu. Tetapi keperluan diri juga adalah sama pentingnya.

Sumber: Dzuriasikim Dzulkefli

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.