Food hopping menu viral, lima destinasi sajikan kulinari unik wajib terjah

Iklan
food hopping

TREND food hopping nampaknya sudah menjadi budaya dalam kalangan anak muda yang suka mencuba makanan atau pencuci mulut viral.

Tidak kira jarak jauh atau pun dekat, mereka sanggup terjah ke mana-mana kafe asalkan dapat merasa keenakan makanan yang tular itu.

Iklan
Iklan

Ada juga dalam kalangan mereka yang mahu pergi sekadar untuk konten akaun Facebook, Instagram, Twitter mahupun TikTok.

Hasil tinjauan SinarPlus, pelbagai kulinari rare yang kita sendiri pun jarang-jarang dengar, sudah diperkenalkan peniaga tempatan.

Iklan

Lazimnya kafe tersebut terletak di lokasi tengah bandar yang mudah dicari waima hanya berjalan kaki sahaja dari mana-mana stesen pengangkutan awam.

[caption id="attachment_102531" width="800"] SUMBER foto: Canva.[/caption]

Iklan

Selain bentuk yang unik dengan pelbagai pilihan rasa, harganya pun boleh tahan.

Berikut lima jenama makanan dan pencuci mulut popular yang membuatkan ramai sanggup beratur panjang:

1. Poket Doraemon

Alamat: B1-G-3, Pusat Komersial Gaya, Jalan Taman Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 8 pagi hingga 5 petang

Harga: Bermula RM18 (satu pek)

Facebook: Poket Doremon HQ

Instagram: @poketdoremonhq

Baca juga 5 ‘lokasi panas’ salai masak lemak viral, premis nombor 3 memang rugi kalau tak cuba

2. Niase Tom Yum

Alamat: Uptown Ipoh Night Market,

Waktu operasi: 5 petang hingga 11 malam

Harga: Bermula RM22 hingga RM25

Facebook: Niase

Instagram: @niaseofficial

Baca juga 5 destinasi makanan laut celup tepung viral, RM10 satu pinggan memang cukup berbaloi

3. 32 Parfait

Alamat: Kuala Lumpur Lot 10 & The Gardens MidValley, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam

Harga: Bermula RM15

Facebook: 32parfait_malaysia

Instagram: @32parfait_malaysia

4. Armenian 70's Ice Ball

Alamat: 78, Armenian Street, George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: 9 pagi hingga 9 malam

Harga: RM3 hingga RM7

Facebook: Armenian 70's Ice Ball

Baca juga Misi jalan-jalan cari makan buat si kecil, 5 kafe lengkap playground mampu buat mereka teruja

5. Mee Besen

Alamat: Pusat Niaga Bandaraya Melaka, Melaka

Waktu operasi: 3.30 petang hingga 10 malam

Harga: Bermula RM8 hingga RM32

Facebook: MEE BESEN ORI Melaka

Instagram: @mee_besen_ori_melaka

Baca juga Sesi ‘me time’ tanpa gangguan, 5 kafe istimewa ini memang sesuai jadi port wanita tenangkan fikiran

Sekali sekala mencuba makanan atau minuman viral tidak menjadi masalah, kan? Cuma berpada-padalah jangan sampai membazir.

[caption id="attachment_102533" width="800"] SUMBER foto: Canva.[/caption]

Minggu terakhir sebelum menyambut Tahun Baharu 2023, bolehlah merancang untuk jalan-jalan cari makan viral jika lokasinya berhampiran dengan kalian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi