SEBUT sahaja salai masak lemak, pasti dalam fikiran sudah terbayang keenakan daging, ayam kampung, udang galah, puyuh termasuk itik yang dimasak dengan pelbagai resepi.

Negeri Sembilan antara destinasi gastronomi yang terkenal di negara ini kerana memiliki keunikan sajian warisan tersebut.

Pun demikian, kemasyhuran kulinari tersebut membuatkan ramai pengusaha di Lembah Klang khususnya Kuala Lumpur dan Selangor, waima di Johor pun mencuba acuan tersendiri untuk menarik pelanggan untuk terus datang ke premis mereka.

Carian SinarPlus mendapati, terdapat lima pilihan ‘lokasi panas’ yang menawarkan masakan salai masak lemak dengan tawaran istimewa yang boleh dicuba:

salai

1. Lepak Salai
Alamat: TL 238/02, Simpang 5 Pekan, Bukit Gambir, Tangkak, Johor
Waktu operasi: 11 pagi hingga 3.30 petang (Jumaat tutup)
Menu signatur: Daging dan itik salai masak lemak cili padi
Facebook: Lepak Salai

salai

2. Salai Sentap
Alamat: Tapak Urban Street Dining Seksyen 9, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 6 petang hingga 12 tengah malam (Ahad dan Isnin tutup)
Menu signatur: Keli, itik dan ayam salai masak lemak cili padi
Facebook: Salai Sentap
Instagram:@salai_sentap

Baca juga 5 port makan tepi pantai wajib singgah, kreatif tawarkan konsep unik dan kulinari enak

salai

3. Lomak Salai
Alamat: Jalan Seremban – Tampin, Tampin, Negeri Sembilan
Waktu operasi: 11 pagi hingga 5 petang (Rabu tutup)
Menu signatur: Udang galah, ikan baung masak lomak
Facebook: Lomak Salai
Instagram: @lomaksalai

salai

Iklan

4. Salai Power
Alamat: Jalan Keluang, Batu 8, Jln Kebun Tambahan, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 10.30 pagi hingga 5.30 petang
Menu signatur: Ayam kampung, patin, daging dan itik salai masak lemak,
Facebook: Salai POWER Restaurant
Instagram: @salaipower_

salai

5. Resipi Grobok Salai
Alamat: No 13, Batu 5 1/2 Kampung Kundur Hulu, Pedas, Negeri Sembilan
Waktu operasi: 10 pagi hingga 6 petang (Isnin tutup)
Menu signatur: Udang galah, puyuh dan itik salai masak lemak
Facebook: Resipi Grobok Salai

Baca jugaSelain Smoked Kingdom milik Ustaz Don, ada 3 lagi port wajib terjah buat peminat daging salai

Iklan

Sudah tentunya, setiap hidangan mempunyai level kepedasan berbeza dan bagi mereka yang kaki pedas, bolehlah cuba untuk menguji ketahanan diri.

Apa kata, cuti hujung minggu ini para isteri gantung kuali dan ajak suami dan anak-anak mencuba menu ‘nismilan’ tersebut sambil jalan-jalan makan angin.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan