Akad nikah bahasa Jepun, mas kahwin dalam yen, pengantin baru jadi perhatian warga maya

Iklan
1

AKAD nikah dalam bahasa Jepun manakala mas kahwin dalam mata wang Yen, keunikan yang dipaparkan dalam ijab kabul sepasang pengantin baru ini meraih perhatian warga maya.

Video yang dikongsikan pengguna TikTok, Ajwad Azizan itu meraih 1.1 juta tontonan dan hampir 100,000 tanda suka.

Iklan
Iklan

Akad nikah yang berlangsung di Tamarind Square, Cyberjaya itu merupakan perkahwinan  adik perempuan Ajwad, Siti Aishah Azizan dengan seorang pemuda Jepun bernama Yoshiki atau Yusuf.

Iklan

Baca juga: Adik 14 tahun jadi wali nikahkan kakak, ramai sebak, puji berani

Iklan

Lantaran berbeza bahasa, majlis akad nikah yang berlangsung pada 29 Disember lalu menggunakan penterjemah.

Menurut Ajwad, dua orang abang iparnya bertindak sebagai penterjemah bagi melicinkan proses ijab kabul.

"Dua orang abang ipar pandai bercakap bahasa Jepun. Seorang menterjemahkan manakala seorang lagi sebagai saksi,” kongsinya.

Baca juga: Untungnya keluarga campur, doktor cantik ini berpantang dengan resipi masakan Cina

Baca juga: Pengantin terlafaz mas kahwin RM500 juta, bakal isteri pun geli hati

Warga maya teruja melihat proses akad nikah pasangan pengantin baru itu. Malah ada yang berkata kali pertama mendengar lafaz akad dalam bahasa Jepun.

-"Alhamdulillah, bertambah umat Islam. Moga jodoh mereka berpanjangan dan bahagia hingga ke syurga.”

-"Alhamdulillah semoga pernikahan diberkati ALLAH SWT.”

-"Pertama kali dengar akad nikah dalam Bahasa Jepun.”

-"Tahniah, moga bahagia hingga jannah”

-"’Rare’ seronoknya.”

-"Bagus juga kahwin campur, boleh belajar budaya dan bahasa lain.”

Baca juga: Video pelamin siap, pengantin perempuan lari, ini kisah sebenar mempelai meraih perhatian warga maya

ENAM INFO AKAD NIKAH PERLU TAHU

1-Umum mengetahui akad nikah adalah sebahagian daripada tuntutan perkahwinan.

2-Wajib bagi seseorang yang hendak berkahwin mematuhi rukun dan syarat pernikahan supaya sesebuah perkahwinan itu menjadi sah.

3-Dalam al-Fiqh al-Manhaji menyebut lima rukun akad nikah iaitu sighah, pengantin perempuan, pengantin lelaki, wali dan dua orang saksi.

4-Dr Muhammad Zuhaili menerangkan tidak terjadinya akad nikah melainkan dengan sighah akad nikah iaitu ijab dan qabul.

5-Ijab iaitu lafaz daripada wali pengantin perempuan dengan menyebut ‘aku kahwinkan kamu’ atau ‘aku nikahkan kamu’ dan seumpamanya.

6-Kabul iaitu lafaz daripada pengantin lelaki dengan menyebut ‘aku terima perkahwinannya’ atau ‘aku terima nikahnya’ atau ‘aku reda dengan menikahinya”.

Baca juga: Hadiahkan pengantin barang dapur, sahabat lelaki ini dipuji ‘bagus daripada yang merapu’

Sumber: TikTok Ajwad Azizan, Pejabat Mufti Wilayah Wilayah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.