MENARIK dan kreatif idea yang dikongsikan oleh seorang pencinta kucing ini dalam memberikan makanan kepada si bulus terutama yang berkeliaran di jalanan.
Ilhamnya hadir selepas melihat keprihatinan orang ramai memberi makanan kepada haiwan yang bertuan, tetapi suka meletakkan makanan merata-rata.
Biarpun tujuan itu murni dan baik, namun cara tersebut tidak kena kerana akan membuatkan sesuatu kawasan menjadi kotor.
[caption id="attachment_103003" width="800"] Gambar sekadar hiasan[/caption]
Justeru, bagi memudahkan kucing mendapatkan makanan, Eddie Mustaffa berkongsi cara untuk menghasilkan DIY Cat Feeder.
Menerusi kaedah yang mudah dan praktikal itu, kucing-kucing terbiar yang berada di jalanan tidak akan kelaparan.
Malah, tip tersebut juga sesuai untuk dipraktikkan oleh kalian yang selalu tiada di rumah atas urusan kerja ataupun mahu pulang ke kampung dalam tempoh yang lama.
Baca ni Olivia, kucing ke-3 berharta di dunia dengan kekayaan lebih RM426 juta rupanya milik Taylor Swift
Nak tahu caranya, jom SinarPlus kongsikan.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
-Dua biji botor air mineral 10 liter
-Pengikat kabel
-Gam
Cara-caranya:
1. Ambil satu botol untuk isi makanan, tebuk bahagian bawah botol dalam anggaran 5 sentimeter (sm) panjang dan 3sm lebar untuk memudahkan makanan kucing turun.
2. Kemudian, guna lagi satu botol untuk takung makanan. Potong dan ambil bahagian bawah, lebih kurang 4sm hingga ke 5sm tinggi dari bawah.
3. Setelah itu, potong sedikit di bahagian yang kita nak sambung pada botol tinggi isi makanan.
4. Boleh sambung dengan menggunakan pengikat kabel. Kalau nak lagi cantik boleh pakai gam. Siap.
Menarik dan jimatkan cara demikian? Yang penting, anda tak perlu risau lagi akan mengotorkan tempat tersebut.
Bahkan, cara berkenaan juga membolehkan bekalan makanan untuk kucing jalanan di luar sana tidak putus.
Selamat mencuba!
Sumber: Eddie Mustaffa, D'Cat D' Hati
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.